Featured Post Today
print this page
Latest Post

R/C Copter Yang Awesome



Borong Kosmetik Murah Giler

Aku janji dengan anak aku kalau dia dapat 8A dalam exam UPKK...dia boleh minta apa saya sebagai hadiah. Anak aku mula minta beli kereta control yang pakai minyak. Mampos aku
mau dekat 3 ribu sebuah kereta tu. Aku pun pujuk dia beli yang pakai bateri jer lah..senang..kalau rosak boleh repair...kos pun tak tinggi.

Sampai saja kedai yang jual toys tu aku terpandang Helicopter Control (R/C Copter)...Aku pun terus racun pemikiran anak aku supaya beli helicopter ni. Sebenarnya aku yang minat kat
R/C Copter ni..heheheh...masa kecik-kecik tak mampu nak beli helicopter ni sebab aku dari keluarga yang susah...mak aku pula kerja operator kilang..gaji berapa sen sangat..kalau tak silap aku
gaji mak aku masa tu (tahun 80-an) sekitar rm150 hingga rm200 sebulan.

Anak aku pun setuju......aku pun beli satu....nasib baik ada promosi...harga asal RM135...hari ni harga dia RM89..mantap..mantap....masa anak aku tengah tidur, aku cuba dok layan r/c copter ni.
Susah guna nak control benda ni..ye laah baru first time main..asyik terbabas jer.......

Tak pe..esok boleh try lagi..:)








Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Restoran Sri Tanjung Yang Awesome

Hari ni aktiviti aku dengan family nak pegi merayap di Key ells...Tunggu anak aku balik sekolah...dia ada kokurikulum hari ni.

Pukul 12 tgh hari baru habis kokurikulum di SKTBK....pukul 1.30 ptg bergerak ke Kajang untuk melantak..hahaha.....makan tenga hari la...tempat nya di Restoran Sri Tanjung yang terletak di Jalan Sungai Jelok....

Jalan Sungai Jelok tu menghala ke penjara kajang..kalau korang nak cari restoran ni, cari penjara kajang...sebab nak ke penjara kajang mesti lalu Sungai Jelok.

Restoran Sri Tanjung ni feberet aku dengan family. Boleh kata setiap minggu aku lunch kat sini. Lauk pauk nya lebih dari 30 jenis aku rasa. Masakan dia simple ala-ala kampung...senang cakap banyak masakan utara kat sini.

Aku harap kalau tokey Restoran Sri Tanjung tu baca pos aku...minta-minta dia bayar royalti sikit sebab promo baik punya restoran dia....heheheheheh






Borong Kosmetik Murah Giler









Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Whatsapp Penyambung Silaturrahim



Borong Kosmetik Murah Giler


Mujur ada teknologi Whatsapp ni..dapat berbual dengan kawan-kawan lama aku masa study di POLIMAS satu ketika dulu...Agak lama aku tak jumpa dengan geng-geng lama ni sejak meninggalkan POLIMAS tahun 1995 hingga sekarang tahun 2014...hampir 20 tahun tak jumpa secara live. Ada yang lost contact dan yang sorang dua aku masih contact(sekali sekala saja :)

Atas inisiatif sahabat aku Che Mat yang sekarang ni bekerja di UNIMAP (Perlis) membuat group whatsapp dan menghimpunkan kami kembali dalam group tu.

Rasa macam masih belajar lagi kat POLIMAS..banyak kenangan aku kat POLIMAS bersama dengan geng-geng aku ni.

Sekarang semua dah berkeluarga dan mempunyai hala tuju masing-masing...tapi kami masih lagi berkawan...yaaaa...friend forever...

Ada korang kenal wajah-wajah ni???..............:)










Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Tahun 2014 Genap Setahun Aku Berhenti Merokok



Borong Kosmetik Murah Giler

Sedar tak sedar dah setahun aku berhenti hisap rokok...maksud aku rokok konvensional.....aku sekarang hisap rokok elektronik.....sejak diperkenalkan oleh kawan aku Rahim Sulaiman.....aku terus bertukar kepada rokok elektronik...rokok konvensional aku tinggal 100%

Nasib baik aku tak hisap rokok konvensional..sekarang dah lebih RM12 sekotak..gilaaaa.......RM12 tu lepas untuk sarapan pagi dan makan tengah hari....

Rokok elektronik ni kena servis selalu...kalau tidak rasa dia tak sedap....kalau hantar kekedai dia orang caj RM15 hingga RM20....boleh tahan...Tapi aku sekarang buat sendiri jer...belajar dengan kawan aku Zaid Yaakob cara-cara nak servis rokok elektronik ni....;)






Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Masalah Paip Air Bocor Selesai



Borong Kosmetik Murah Giler

Aku panggil tukang paip nama dia SOFI....dia buat semula piping rumah aku....kalau tak habis lah aku bil air lebih rm300 sebulan........parakkkkkk

En. SOFI datang dengan wife dia yang bertindak sebagai pembantu......start dari pukul 9.00 pagi sampai 3 petang.....kesian aku tengok. Caj dia minta RM450....ok lah tu kan??....orang kita juga.........

Sapa-sapa ada masalah paip air bocor yang tinggal di area Mantin, Nilai, Beranang, Semenyih dan Bangi boleh contact dengan En. Sofi ni...012-390 7415






Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Jangan Biarkan Rumah Anda Diselubungi Dengan Ularrrrrrrrrrr



Borong Kosmetik Murah Giler



Semalam aku layan cerita ULAR lakonan Yusri KRU..Lisa Surihani dan beberapa pelakon lagi yang aku tak ingat nama dia..Banyak aksi suspen dalam filem ni.....Jika nak dibandingkan dengan filem ANACONDA..memanglah filem tu lagi best. Tapi harus diingat bajet untuk filem mat saleh tinggi sebab pasaran satu dunia....filem kita tak boleh buat macam tu sebab pasaran terhad.

Jadi kita tak boleh bandingkan filem kita dengan filem luar...bagi aku filem ULAR ni sesuai untuk ditonton bersama-sama dengan family...tapi ada part yang seksi-seksi tu kena cover la sikit....Bagi aku tak mengecewakan laaaa....boleh santai tengok filem ni..walaupun effect dia tak berapa bagus.....boleh lah layannnnnnn......

Keesokkan harinya, aku tengok ada orang pos kat wall aku dalam facebook tentang ular...seram jugak aku tengok......kalau korang tengok aku rasa korang pun rasa macam aku ni....hehehehehhe








Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Bagaimana Untuk Mengetahui Toner Set Collagen Plus Vitamin E Yang Original???



Borong Kosmetik Murah Giler


Bagaimana Untuk Mengetahui Toner Set Collagen Plus Vitamin E Yang Original???


Bagi yang tak pernah beli toner ni..ada sedikit info untuk dikongsi bagaimana untuk mengenalpasti yang original dan yang tiruan.

Lihat pada gambar..yang original warna pink(cair) dan yang tiruan warna pink(gelap) atau kuning. Berhati-hatilah masa membeli kerana yang tiruan harganya murah sikit (kadang-kadang banyak) berbanding dengan original.

Yang tiruan mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Hydroquinone. Sebenarnya Hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Kesan-Kesan Selepas Penggunaan Hydroquinone
  1. Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
  2. Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
  3. Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
  4. Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
  5. Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
  6. Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.


Semoga Info ini dapat berguna untuk anda...:)



Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Break Fast Dengan Rakan-Rakan



Borong Kosmetik Murah Giler

Macam biasa setiap pagi aku malas nak breakfast.....aku suka lepak depan PC buat keje....pekerja contoh katakan (konon)....bukan ape....malas nak berebut-rebut naik lif.

Pagi ni kawan aku Faiz dgn Aziz ajak breastfast....aku tak nak menghampakan kawan-kawan..jadi aku pun join dia orang....

Aku pekene roti canai dengan kopi-o..perhhhhh.......cerah biji mata...:)







Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Barang Untuk DiPos Hari Ni



Borong Kosmetik Murah Giler

Emmmm....semalam start packing barang pukul 10.00 mlm...tunggu anak-anak habis buat homework baru start packing. Kalau sorang-sorang buat..mamposss...pukul berapa nak siap. Seperti biasa order yang banyak Set Collagen Plus Vitamin E....

Yang beli pakej set pun banyak..3 Set Collagen + 3 Toner.......rezeki murah laaa minggu ni..aminnnnn. Pukul 11.30 mlm..aku paksa anak-anak tidur awal sebab esoknya sekolah..Jadi aku dengan wife sambung packing barang sampai pukul 12.30 mlm...letih siottttt.

Nasib baik anak kecil ku dah tidur awal...Dia pun sekolah pagi(tadika)..jenuh mak dia pujuk pegi sekolah...hari-hari menangis....aku pulak pancing dengan KFC dan McD ...aku janji dengan dia kalau dia pi sekolah esok..aku beli KFC atau McD........hehhehehe...Bukan Rasuah kan????












Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Kita Rasa Ok Sebenarnya Tak OK



Borong Kosmetik Murah Giler




Apa benda yang kita buat nampak ok tapi sebenarnya tak ok??..Aku rasa ramai yang dah buat..tapi macam rasa tak bersalah jer........Mari kita lihat..)

1. Merasa(test) buah/makanan di pasaraya
2. Masuk public toilet tak flush
3. Makan dikedai mamak atau sewaktu dengan nya..kemudian blah dengan selamber jer ...tak bayar pon
4. Waktu kerja pulak....selalu layan facebook...youtube dan sebagainya
5. Break yang melampau-lampau waktu kerja....kadang-kadang sehari sampai 4 atau 5 kali..


Kakahhh.......pernah buat tak????

Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Bila Kita Rasa Yang Kita Ni Dah Tua???



Borong Kosmetik Murah Giler

Bila ye kita rasa dia kita dah tua (tapi tak sampai lagi tahap nak mampos....hahahahahaha)...atau pun korang masih rasa korang masih muda.....dan ada yang mengaku bujang....kakakakakah...sadis...sadis.

Aku pulak terasa dah tua bila :

1. Misai dah beruban
2. Gigi dah banyak hancussss
3. Rambut pulak jarak satu kilometer satu helai...hehehehehe

Tapi yang paling ketara aku rasa dah tua sangat bila anak bongsu dah start masuk sekolah(tadika).....cepat sungguh masa berlalu. Gambar ni wife aku ambik masa start masuk tadika 6 January 2014....tadika PASTI..harap-harap jadi ustazah lah kot satu hari nanti....amin




Terasa sunyi bila anak tiada dirumah...tapi bila ada dirumah..lintang pukang rumah dibuatnya...kesian kat wife aku.........:)




Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Road Tax Aku Meninggal Dunia



Borong Kosmetik Murah Giler

Aku rasa serba tak kena hari ni...masuk rumah...keluar rumah...pergi belakang..pergi depan....masih ada yang tak kena lagi.




Lama aku termenung dok tercari-cari apa benda yang tak kena.....check lesen..ok.....check road tax kete innova..ok....apa hah yang tak kena??


Kemudian aku terpandang kat cermin kete myvi bini aku dan.............................Ohhhhh My Englishhhhhhhhhhhhhhhhhh.......road tax dah mati bulan september 2013...perhhhh....nasib baik tak kena saman...........


Apsal laaa aku leka sangat...kalau eksiden kete ni...naya !!!!..Bodoh betulll aku ni !!!



Borong Kosmetik Murah Giler

0 comments

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger