SHOPPE

Awek Skema Belasah Abang Muay Thai Hingga Lunyai Jadi Viral

Share:
Awek Skema Belasah Abang Muay Thai Hingga Lunyai Jadi Viral

Awek Skema



Kuala Lumpur – Nampaknya selepas video ‘prank’ melibatkan pelajar ‘skema’ melakukan aksi ‘drif’ baru-baru ini menarik perhatian pengguna media sosial, maxman.tv sekali lagi dijemput untuk memberi kejutan kepada jurulatih Muay Thai.

Klip video berdurasi 3 minit 53 saat itu memaparkan seorang peninju profesional Muay Thai, Germaine Yeap dijemput kelab ‘Muay Fit’ di Damansara Perdana untuk menyamar bagi menguji jurulatih lelaki baru di situ.



Menerusi satu klip video yang di muat naik oleh maxman.tv di laman sosial Youtube semalam, Germaine berlakon sebagai wanita ‘skema’ dan lurus bendul hadir untuk menyertai kelas Muay Thai.

Pada mulanya, Germaine dilihat sebagai wanita yang lemah dan kekok meminta beberapa jurulatih di situ mengajarnya.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, Germaine mengejutkan jurulatih tersebut apabila secara tiba-tiba bertukar hebat dengan menunjukkan kemahirannya dan membelasah jurulatih berkenaan.






Sumber :beritamalaysia



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah