SHOPPE

Dalam Diam Rupanya Mamat SEPAH Akan Jadi Jutawan Muda

Share:
Dalam Diam Rupanya Mamat SEPAH Akan Jadi Jutawan Muda

Mamat SEPAH Akan Jadi Jutawan Muda


DALAM diam-diam, Mamat yang merupakan bekas anggota kumpulan pelawak terkenal Sepah telah memiliki sebuah syarikat sendiri yang dikenali sebagai Ideart Creativio.

Menerusi syarikatnya itu Mamat dikhabarkan sanggup mengambil risiko melabur sebanyak RM500,000 untuk menganjurkan konsert Rock Lagenda (Jelajah Rock).

Ekoran itu, muncul cakap-cakap bahawa Mamat sudah jadi orang kaya..

Kalau tak silap kami, konsert itu nanti bakal menampilkan barisan lagenda rock tersohor negara termasuk Datuk Ramli Sarip, Awie, Ella, Mus (May) dan gitaris Man Kidal.

Mengulas perkara ini Mamat berkata, dia menganjurkan konsert tersebut kerana amat meminati lagu bergenre rock.

“Kos keseluruhan untuk melaksanakan konsert ini RM500,000. Bagaimanapun, saya yakin dengan penampilan lima lagenda hebat, konsert ini akan mendapat sambutan ramai.
“Sejak dulu lagi saya memang bercita-cita nak buka syarikat dan anjurkan konsert. Saya laburkan duit simpanan saya dan mendapat bantuan keluarga untuk mengusahakan penubuhan syarikat dan projek konsert ini,” kata Mamat yang berharap dapat menganjurkan konsert menampilkan para pelawak pula pada masa depan.

Konsert Rock Lagenda dijadualkan berlangsung di enam lokasi berbeza di Malaysia bermula di 31 Mei ini hingga 17 Oktober. Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket dan info lokasi di ticket2u.biz.





Sumber :  beritamalaysiaterkini2




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah