SHOPPE

Mengejutkan !! Wanita Ditahan Kerana Mmemiliki Payudara Terlalu Besar

Share:
Mengejutkan !! Wanita Ditahan Kerana Mmemiliki Payudara Terlalu Besar


Hanya kerana nafsu, seorang lelaki di bandar Tengzhou di wilayah Shandong, China, tegar melakukan sesuatu di luar batasan bagi mengaburi niat jahatnya itu.


Bagi mengelakkan dirinya disedari memasuki tandas wanita di sebuah perpustakaan, lelaki tersebut sanggup menyarungkan pakaian berlainan jantina dan berpura-pura dirinya seorang perempuan.

Namun, taktiknya itu bukan sahaja tidak berjaya mengaburi pandangan orang ramai, malah membuatkan semua mata memandangnya pelik dan jelik.

Mana taknya, lelaki itu telah meletakkan sesuatu di bahagian payudaranya sehingga ia nampak terlalu besar dan aneh, malah mengenakan solekan terlampau tebal.Insiden tersebut dihidu setelah seorang wanita menghubungi polis kerana ternampak seorang ‘wanita’ telah masuk ke dalam tandas dalam keadaan mencurigakan.




Malah, saksi turut memaklumkan, ‘wanita’ itu kelihatan pelik kerana kerap memandang wanita lain di dalam tandas menggunakan cermin kecil.

Tidak lama selepas itu, pihak polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menangkap seorang lelaki yang berpura-pura menjadi seorang wanita bagi membolehkannya masuk ke dalam tandas tanpa disedari.

Hasil siasatan mendapati, dia menggunakan helah tersebut bagi membolehkannya masuk ke tandas dan menghendap wanita tanpa disedari. Malangnya taktik tersebut ternyata gagal!








Sumber :  kakisharefb




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah