RAJA FARAH CERITA PUNCA SEBENAR DIA MINTA CERAI DENGAN SUAMI

RAJA FARAH CERITA PUNCA SEBENAR DIA MINTA CERAI DENGAN SUAMI

RAJA FARAH

Desas-desus mengenai permasalahan rumah tangga Raja Farah telah terjawab apabila aktres tersebut telah sah bercerai talak satu dengan suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria  hari ini selepas berkahwin selama lima tahun.




Lafaz cerai telah dilakukan oleh Megat Qhuyum di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

RAJA FARAH

Raja Farah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 5 Mei lalu, kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka selain sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan yang lalu.

Pada prosiding itu, Raja Farah ditemani bapa dan peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Tahun lalu, pernah bertebaran gosip yang mengatakan rumah tangga Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, yang dibina mereka sejak tahun 2010 berantakan tetapi ia ditepis pelakon itu.

Namun, dihubungi BH Online sebentar tadi, Raja Farah menjelaskan rumah tangga mereka yang bakal masuk tahun kelima sebenarnya sudah retak menanti belah.

Raja Farah memberitahu beliau sudah memfailkan perceraian pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta dan ia akan dibicarakan esok pagi di mahkamah yang sama.

"Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok," katanya.

Tambah Raja Farah lagi, mereka sudah tidak sebumbung sejak dua bulan lalu.


RAJA FARAH

Megat Bashirun Qhuyum Zakaria menyarungkan cincin ke jari Raja Farah pada majlis perkahwinan mereka pada 2010.

Suaminya berada di Kelantan dan Raja Farah pula sudah menetap di kediaman keluarganya di ibu kota sejak tempoh berkenaan.

"Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini," katanya dalam nada sebak.

Tambah Raja Farah, dia sebenarnya tidak kuat untuk membulatkan keputusan berpisah ini.

"Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan," katanya yang belum terfikir sebarang perancangan masa hadapan tetapi tidak menolak jika ada tawaran berlakon dan mengacara datang.





Sumber :  beritamalaysiaterkini2




Share this article :

+ comments + 1 comments

Tuesday, October 27, 2015

beautiful!

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger