SHOPPE

Harith Iskander 'jijik' gambar anak sendiri di laman web lucah

Share:
Harith Iskander 'jijik' gambar anak sendiri di laman web lucah



Selebriti terkenal tanahair, Harith Iskander akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada 10 pagi ini.

Ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu, pelawak terkenal itu meluahkan rasa jijik kerana gambar anak sulungnya yang berusia tiga tahun dimuat naik di sebuah laman web lucah, barubaru ini. Harith menyedari perkara tersebut pagi Rabu ketika mendapat notifikasi ‘Google Alert’ menerusi emel pada Rabu.

"Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab." “Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru
anak Harith Iskander’.



"Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan. “Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti ‘porn’ dan ‘seks’. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia. “Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu
adalah gambar wanita bogel.

Beliau turut menyedari bahawa laman web berkenaan turut mengandungi gambar anak penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan penyanyi, Tomok. “Saya tidak tahu apa niat mereka untuk membuat ini. Satu tidak tahu sama ada mereka mahu menggunakan nama saya ‘Harith Iskandar’ untuk meningkatkan ‘pageviews’ atau ia mungkin ada unsur pedofilia.

Harith akui tidak layari laman web berkenaan dalam tempoh yang lama kerana jijik dengan laman web berkenaan. “Isteri saya pun sama jijik dan meluat dengan laman web berkenaan,” katanya.
Harith akui ada yang memberitahu beliau jangan meletakkan gambar anakanak di media sosial, namun beliau berkata perkara berkenaan tidak boleh dielak di zaman sekarang.

“Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka. “Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain
boleh membuat laman web yang lain. Ada sahaja orang yang sakit di luar sana,” katanya.

Setakat ini, Harith memberitahu akan membuat laporan polis dan laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa yang terdekat. “Sememangnya saya mahu laman web lucah itu diturunkan sertamerta,” kata Harith. Pelawak terkenal tersebut juga berkata yang dia akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada 10 pagi, Khamis.

Harith melangsungkan perkahwinan dengan Dr Jezamine Lim Iskander beberapa tahun lalu dan dikurniakan sepasang cahayamata, Zander Xayne dan Alessandrea Jayne Iskander, lapan bulan.Astro
Awani


-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  bulletinmedia




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah