SHOPPE

Juruteknik ‘Terpasang’ Filem Lucah Di Skrin Gergasi

Share:
Juruteknik ‘Terpasang’ Filem Lucah Di Skrin Gergasi

dtrim murah


BEIJING: Orang ramai di sebuah bandar dikejutkan dengan tayangan filem porno di skrin gergasi di tempat awam di sini, pada Ahad lalu.

Kejadian itu berlaku di Mudanjiang, sebuah bandar di bahagian timur laut China yang mempunyai jumlah penduduk kira-kira 2.8 juta orang.

Memetik laporan portal People’s Daily Online, juruteknik yang mengawal skrin berkenaan dipercayai sedang menonton filem lucah menggunakan komputernya dan tidak menyedari bahawa ia disambungkan pada skrin besar tersebut.



Difahamkan, filem lucah itu ditayangkan selama 10 minit pada skrin besar itu yang berdepan sebuah hospital.

Kejadian itu menarik perhatian orang ramai untuk merakamkan filem tersebut dengan telefon bimbit mereka. Namun, ia dihentikan apabila polis tiba di tempat kejadian.

Seorang saksi hanya dikenali sebagai Wang menyatakan ada orang awam berkongsi klip video yang dirakamkan mereka di aplikasi Wechat.

“Setibanya saya di tempat kejadian, sudah ada sekelompok kecil orang berkumpul di situ termasuk orang tua dan kanakkanak. “Memandangkan skrin besar tersebut bertentangan dengan hospital, saya percaya pasti ramai yang telah menontonnya,” katanya.

Difahamkan, polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai juruteknik yang menyiarkan filem lucah tersebut untuk siasatan lanjut.

Lelaki yang ditahan itu memberitahu polis, dia tidak biasa dengan sistem berkenaan dan tidak sedar apa yang ditontonnya ditayang pada skrin besar tersebut. Walaubagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan terhadap insiden ini.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ommdotmy




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah