SHOPPE

Ketahui Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

Share:
Ketahui Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

DTRIM MURAH


Sifat yang dipengaruhi unsurunsur seperti tanah, air, api dan angin sudah pasti pernah didengari oleh masyarakat kita pada hari ini. Perkara tersebut merupakan petua orang-orang Melayu dalam memilih pasangan hidup. Bagi lelaki yang mempunyai unsur api haruslah dielakkan dari memilih pasangan seperti tersebut.

Tetapi ianya hanyalah pandangan orang tua dahulu kala. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

1. Tanah anak pertama, kelima, kesembilan
2. Air kedua, Keenam, kesepuluh
3. Api ketiga, ketujuh, kesebelas
4. Angin keempat, kelapan, keduabelas

DTRIM MURAH

#1 Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur boleh menghasilkan tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifatsifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.

Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.

Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.

Orangnya manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

#2 Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciriciri
seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.

Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anakanak hanyut dibawa arus hidup.

Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anakanak. Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

#3 Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.

Ciriciri wanita bersifat api ialah :

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.

Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan halhal
rumahtangga.

Penasihat yang baik kepada suami.

Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.

Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.

Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

#4 Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Pandai memujuk rayu suami dengan katakata yang indah.

Mempunyai perilaku yang bersopansantun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.

Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan Amacam golongan lelaki?  Dah tahu pasangan anda jenis macam mana?.

Diharap perkongsian ini dijadikan panduan bagi yang perkara baik sahaja. Buat wanita dalam menjaga keperibadian diri apa kata ketahui supaya lebih istimewa dihadapan pasangan.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sensasi




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah