SHOPPE

PILU! PAKCIK MISKIN DIHINA “BERUK DAH DATANG”

Share:
 PILU! PAKCIK MISKIN DIHINA “BERUK DAH DATANG”


dtrim murah


KISAH SAYU PAKCIK MISKIN DIHINA “BERUK DAH DATANG” | Lawatan meruntun hati ke rumah pak rahim di Jalan Laloh – Sungai Sam. Misi akidah dan kemanusiaan. Bantulah saya tuan-tuan utk bantu insan ini. Solatnya cukup 5 kali sehari. Bersih orangnya tapi dihina oleh segelintir dek kemiskinan.

Jika ada yang kata beliau begini dan begitu sesungguhnya kalian sangat kejam. Kami sudah seminggu menyiasat individu ini. Bantulah kami tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kami dah temubual ramai orang yang dekat dengan beliau. Janganlah berlaku kejam dengan insan ini. Jangan halang bantuan untuk sampai kepadanya.
Saya tengah siapkan dokumentari khas kisah Pak Rahim ini. Cacian dan hinaan yang diterima adalah asam geram yang beliau terima sejak umur 8 bulan.

dtrim murah

Hidup sebatang kara di atas tanah pusaka. Bila ditanya apa sumbangan yang pernah beliau terima beliau menjawab antaranya ialah “dipanggil beruk oleh segelintir masyarakat “..
Bila beliau datang ke kedai kopi ada yang berkata ” Beruk dah sampai.. Beruk dah sampai.. “
Itulah antara sumbangan yang beliau terima. Tanpa kami sedar air mata kami semua menitis. Pak Rahim kuat pegangan agamanya, solat dan zikir sangat di jaga. Rumahnya “total lost” dek banjir dan pondok usang inilah tempat dia berteduh.

dtrim murah

dtrim murah

Sewaktu kami sampai sekitar jam 5 petang Pak Rahim belum balik menoreh getah. Kami tunggu beliau balik dan seketika kemudian kami tengok beliau termengah-mengah turun bukit. Di lehernya dikalungkan getah skrap untuk jadi bahan bakar nak memasak makan malamnya nanti.

Dia terus mintak izin untuk mandi. Di ambilnya sabun dalam plastik dan terus ke anak sungai berdekatan. Kami masih tunggu beliau bersedia, rupa-rupanya dia bergegas solat asar. Dah lewat katanya. SUBHANALLAH…




Kepada yang kata Pak Rahim ni pemalas, rajin sangatkah kita?
Tuan-tuan janganlah mudah untuk judge orang itu begini dan begitu jika kita hanya duduk di pejabat dan dengar maklumat tak tepat dari wakil penduduk. Datanglah sendiri duduk dengan pakcik ini dalam hutan keseorangan seperti beliau? Berani?1 jam pun tuan-tuan tak berani dan kami dah seminggu menyiasat kes ini.


Saya kagum dengan individu ini. Ini kes yang sangat genuine. Biarlah apapun orang dan segelintir masyarakat setempat nak kata dan nak halang bantuan untuk pakcik ini saya akan REDAH. KAMI AKAN REDAH HALANGAN ITU. Saya dan kami semua akan LANGGAR halangan itu.
Saya tak sanggup lihat kemusnahan yang lebih besar Allah timpakan kepada kita dek kerana sikap kita yang kejam pada orang miskin.

Hubungi saya: 017-3872232
Kita bantu berikan dia kehidupan
Bukan sekadar sebuah rumah




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  reviewonline2015




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah