SHOPPE

Nenek Ini Malukan Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Yang Dahsyat

Share:
Nenek Ini Malukan Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Yang Dahsyat

d-trim murah

Sukan bolasepak dan futsal seringkali didominasi oleh kaum lelaki. Amat jarang bagi kaum wanita untuk menonjolkan kehebatan mereka dalam sukan ini. Percaya tak kalau ada nenek boleh buat skill freestyle kalahkan pasukan lelaki dalam sukan futsal?

Seperti dalam video yang dimuatnaik oleh Maxman.Tv, ianya memperlihatkan dua orang wanita iaitu Raquel Benetti dan Alice Fougeray yang merupakan “football freestyler” ternama dari Brazil dan Perancis. Mereka datang ke sebuah gelanggang futsal di mana ketika itu pasukan lelaki sedang beraksi mempamerkan kehebatan mereka. Yang menariknya rakaman ini dilakukan di sebuah kompleks membeli belah ternama di Malaysia.




Pada mulanya, Raquel yang berpakaian seksi dengan gaun merah bertanya kepada seorang lelaki ini yang dia juga turut ingin menyertai mereka bermain futsal. Tentu sekali para pemain lelaki di situ berasa hairan dengan tindakan Raquel lalu mengejeknya .

“Saya boleh bermain futsal juga,” ujar Raquel kepada salah seorang lelaki di situ.

“Kamu lebih sesuai pergi shopping!” jawab lelaki itu.

Raquel pun tidak mengambil endah ejekan lelaki tersebut dan terus masuk ke gelanggang futsal. Tidak lama selepas itu, giliran Alice yang menyamar sebagai nenek  juga turut ikut bermain dengan mereka. Pemain lelaki pun terpaku dan terkejut selepas dua orang wanita itu mempamerkan skill freestyle mereka yang jauh lebih bagus dari kaum lelaki.

Tonton skill hebat mereka yang berjaya menewaskan serta memalukan pasukan lelaki yang bermain futsal.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sajakongsi




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah