SHOPPE

Saya menari untuk elakkan keletihan & moody bila penat - Uqasha Senrose

Share:
Saya menari untuk elakkan keletihan & moody bila penat - Uqasha Senrose

Kini, semakin ramai selebriti wanita berhijrah ke arah lebih baik dan perkara itu sememangnya disambut baik peminat. Namun, ia tidak menjamin seseorang artis itu akan bebas daripada sebarang kontroversi.

dtrim murah

Begitulah yang dialami pelakon cantik, Uqasha Senrose apabila imej dan perlakuannya dikritik segelintir peminat. Selain dikatakan berpakaian ketat, Uqasha turut menerima kritikan hebat setelah videonya menari yang dikatakan mengghairahkan, tersebar di laman sosial.

Baca: Video: Berdegup jantung lelaki bila menonton Uqasaha Senrose menari!..

Menyedari kontroversi yang sedang melandanya, Uqasha memberitahu, sebenarnya dia masih belum kuat untuk melalui fasa perubahan tersebut dengan sepenuhnya.




“Saya pakai tudung pun ia satu benda yang besar pada saya. Dalam hal imej ini, saya mahu buat secara perlahan.

“Saya tidak mampu mengubah segalanya secara drastik begitu sahaja, misalnya terus memakai jubah dan sebagainya.

“Imej bertudung ini, bukanlah kerana saya mengikut trend, tetapi ia satu yang datang secara mengejut dan perlukan masa berubah sepenuhnya,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada sidang media Super Spontan All Star, baru-baru ini.

dtrim murah


Mengulas mengenai aksinya dalam video yang tersebar, pelakon yang popular dalam drama komedi bersiri Strawberi dan Karipap ini nyata tidak mudah melatah.

“Saya menari begitu pun bukan melampau sangat pun dan saya rasa tidak keterlaluan. Saya buat apa yang saya seronok.

“Ketika itu saya baru selesai penggambaran pada waktu malam, jadi untuk mengelakkan keletihan dan moody bila penat, jadi ketika itu saya cuma nak seronok sahaja.

“Saya juga tidak kisah dengan kritikan orang lain apabila melihat video yang saya muat naik dalam Instagram, kerana saya hanya nak gembirakan hati saya.

“Memang susah nak puaskan hati semua orang, jadi saya tak kisah orang nak terima atau tidak apa saya lakukan,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah