SHOPPE

“Saya terkejut, dan tak tahu Escargot haram dimakan” kata Neelofa

Share:
“Saya terkejut, dan tak tahu Escargot haram dimakan” kata Neelofa

Pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noo, 26, atau Neelofa mengakui dia tidak mengetahui status halal siput Escargot yang dimakannya ketika bercuti di Paris, Perancis, baru-baru ini hingga mengundang perdebatan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial Instagram.


d-trim murah

Neelofa ketika dihubungi mengakui dia memakan siput berkenaan di restoran di Paris tanpa was-was kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi.

Tindakan pengacara program MeleTop itu memuat naik foto hidangan makanan itu di Instagram dikritik segelintir pengikut laman sosial itu yang mendakwa siput berkenaan tidak halal untuk dimakan.




“Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu,” katanya.



Menurutnya, jika dia tahu kontroversi dan keraguan yang bakal timbul sudah tentu dia tidak akan mengambil gambar apatah lagi menjamah hidangan berkenaan.


“Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum. Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu,” katanya.


Neelofa berkata, dia akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ketika dihubungi berkata, haiwan itu tidak mendapat sijil halal kerana garis panduan yang dikeluarkan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ia sejenis haiwan yang haram dimakan umat Islam.

Dalam pada itu, semakan pada portal rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam, lapor Harian Metro.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah