SHOPPE

SERAM!! Penampakan Lembaga Semasa Photoshoot Pengantin Di Kepala Keretapi Lama Gemas !!!

Share:
SERAM!! Penampakan Lembaga Semasa Photoshoot Pengantin Di Kepala Keretapi Lama Gemas !!!

dtrim murah

Jika sebelum ini kami ada menulis artikel tentang satu entiti atau lembaga ganjil yang memerhatikan satu kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur, satu lagi kejadian yang serupa kami terima yang mungkin petanda yang bukan manusia sahaja yang menghuni alam ni ada lagi makhluk lain yang turut menghuninya.%$%

Gambar yang akan di siarkan ini merupakan penampakan lembaga ketika pengirim yang merupakan seorang photographer sedang menjalankan photoshoot outdoor untuk pengantin di Gemas, Negeri Sembilan. Kemunculan lembaga ini ketika menjelang waktu Maghrib di kawasan gerabak kepala keretapi lama.

Asalamualaikum, admin Oh! Media. Ni saya nak share pasal kisah penampakan lembaga masa saya photoshoot outdoor untuk pengantin dekat gemas, n9.. Kalau boleh blur muka pengantin pon ok. Pengantin dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan Gemas lokasi kejadian penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah lama terbiar. Sekadar berkongsi je. Saya pon tak perasan gambar yang diambil dari smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada di belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika waktu Maghrib hampir tiba..




Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Kita sebagai manusia yang juga makhluk di muka bumi ini sememangnya berkongsi Bumi Allah ini dengan banyak lagi makhluk samaada boleh di lihat ataupun yang terselindung (ghaib/halus). Hal tersebut sememangnya ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadith. Jangan takut-takut ye, di makhluk Allah juga. Jom Layan.-ohmedia



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  hebatsungguh15




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah