SHOPPE

Saat Cemas Gadis Hampir Diculik Abang Sado

Share:
Saat Cemas Gadis Hampir Diculik Abang Sado

dtrim murah


Gadis 16 Tahun Trauma Hampir Diculik Abang Sado Dari Van Putih | “Saya takut apabila van itu tiba-tiba berhenti di depan saya sebelum lelaki bertubuh tegap turun menghampiri dan bertanya mahu ke mana sebelum saya berundur dan berlari sekuat hati,” kata pelajar perempuan tingkatan empat dikenali sebagai Nurul Amira, 16, yang mendakwa cuba diculik tiga lelaki berusia awal 30-an menaiki van putih di Kampung Paya Datuk di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa dari taman perumahan di sekitar Paya Datuk di sini, bersendirian menunggu bas berhampiran Balai Raya Kampung Paya Datuk memetik Harian Metro.




Pelajar perempuan sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, berkata, dia melihat van berkenaan berhenti beberapa meter dari tempat dia menunggu bas sebelum pintu penumpang depan terbuka.

“Saya perasan van itu dipandu laju selepas lampu isyarat merah sebelum ke kiri dan berhenti tidak jauh dari saya, selepas itu seorang lelaki awal 30-an turun dari van putih dan menuju ke tempat saya menunggu bas.

“Ketika itu, saya perasan selain pemandu, seorang lagi lelaki berada di tempat duduk belakang membuka pintu kiri dan bertanya mahu ke mana,” katanya yang masih trauma terutama selepas membaca cerita diviralkan di Facebook dan WhatsApp.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sedap-la-lu




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah