SHOPPE

Bekas Kekasih Puteri Diana Hantar Selfie Bogel Pada Wanita

Share:
Bekas Kekasih Puteri Diana Hantar Selfie Bogel Pada Wanita




BEKAS kekasih Puteri Diana, bekas pegawai tentera, James Hewitt, 57, telah mengejutkan ramai apabila menghantar gambar selfie dalam keadaan bogel kepada seorang wanita yang dikenalinya menerusi laman web untuk berdating.

Perbuatan memalukan itu dilakukan selepas Hewitt berkenalan dengan wanita berusia 38 tahun itu. Wanita terbabit menetapkan syarat mencari lelaki kaya dan lebih tua yang sanggup membayarnya.




Menurut wanita itu, dia menerima emel selfie berkenaan daripada Hewitt dan lelaki itu tidak malu-malu untuk meneruskan hubungan secara maya, yang bermula pada 2009.

“Dia meminta saya mengunjunginya di rumahnya di Gloucestershire, tetapi saya amat gementar. Dia menyatakan bahawa dia terlibat dalam seks berkumpulan,’’ kata wanita itu.

Dakwaan berkenaan dibuat selepas beberapa minggu surat peribadi antara Diana dan Putera William yang dihantar kepada Hewitt secara rahsia, telah ditawarkan untuk dijual di Amerika Syarikat.

Kebanyakan surat itu menceritakan bagaimana Diana berterima kasih kepada Hewitt kerana menjadi seorang rakan yang hebat, terutama ketika dia kesepian.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah