SHOPPE

JADI GAY SELEPAS MENCUKUR KEMALUAN LELAKI

Share:
JADI GAY SELEPAS MENCUKUR KEMALUAN LELAKI


Nama Padang Brown atau lebih dikenali sebagai Padang Broom di kalangan penduduk tempatan bukanlah tempat asing bagi orang ramai di Pulau Pinang.
Selanjutnya


Nama Padang Brown atau lebih dikenali sebagai Padang Broom di kalangan penduduk tempatan bukanlah tempat asing bagi orang ramai di Pulau Pinang. Sebut sahaja nama Padang Broom sudah pasti akan terbayangkan pelbagai makanan enak dijual di medan selera kawasan terbabit. Boleh dikatakan Padang Broom satu daripada  'syurga' menawarkan makanan tradisi Pulau Pinang seperti nasi kandar, pasembur, rojak dan banyak lagi.


Namun siapa sangka lokasi berhampiran kawasan tarikan umum itu rupanya menjadi port untuk lelaki bernafsu songsang, melampiaskan nafsu serta memperdagangkan tubuh.


Tinjauan Isu Terkini, IT di kawasan itu malam semalam mendapati, kelompok songsang mula berkeliaran di sekitar kawasan terbabit bermula sekitar jam 12 malam sehingga awal pagi.




Mereka dilihat menunggu untuk mencari pasangan sealiran bagi melepaskan nafsu serakah. Segelintir mereka datang berkereta mewah, sebilangan menggunakan motosikal walaupun hujan. Kesanggupan mereka datang ke lokasi itu didorong oleh nafsu berahi terhadap kaum sejenis.



Mengejutkan, mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan dianggarkan berusia di antara 20 dan 60 tahun. IT menemui beberapa lelaki bernafsu songsang.

'Daniel', 23 tahun, penuntut kolej swasta, mengakui baru sahaja mengetahui lokasi itu port gay dan hadir di situ untuk 'test market'.



Dia mendakwa terjebak dengan naluri songsang sejak di bangku sekolah lagi, akibat kecewa selepas putus cinta dengan bekas kekasih.


"Saya rasa lebih selesa didampingi lelaki kerana lelaki lebih tenang dan sukar melatah berbanding perempuan malah belaian lelaki sebenarnya lebih hebat. Namun setakat ini, saya tidak mempunyai  teman lelaki, saja duduk di sini. Manalah tahu mungkin ada (lelaki) yang akan menambat hati,"

katanya sambil katawa.Daniel mengakui, naluri songsang bertentangan dengan agama namun dia enggan bersifat hipokrit terhadap diri sendiri. Anak bongsu daripada enam beradik itu juga memaklumkan IT, ahli keluarga tidak mengetahui kegiatannya dan dia lebih suka untuk berkawan dengan ramai lelaki tanpa menjalin ikatan serius.


"Bukan semua lelaki gay yang saya 'sapu'. Saya tengok juga, paling penting dia pembersih dan tidak terlalu tua," katanya.


Tambah Daniel, kebanyakkan lelaki songsang di kawasan itu berusia lanjut. Bagaimanapun katanya, kekadang ada juga lelaki muda dan remaja dilihat mencari pasangan di situ.



Seorang lagi lelaki songsang IT temui, penjawat awam, 'Kumar', 32 tahun, pembantu jururawat hospital. Menurutnya, dia mula berminat dengan lelaki selepas membantu merawat pesakit di wad hospital.


"Saya ditugaskan untuk mencukur bulu kemaluan seorang daripada pesakit di hospital. Apabila saya dapat pegang dan membersihkan kemaluan pesakit itu, saya mula berasa seronok dan tertarik. Sejak itu saya mula mencari dan di sini macam-macam jenis yang saya dapat cuba," katanya.



Kumar memberitahu IT, dia dan pasangannya kerap melepaskan nafsu secara 'ringan-ringan' di kawasan gerai kosong dan jika kawasan itu berpenghuni, mereka memadu kasih di belukar berhampiran atau di tandas awam.Katanya, lokasi itu selamat dan bebas daripada gangguan orang ramai dan pihak berkuasa.


Tidak hairan jika kegiatan sebegitu berleluasa kerana sebilangan daripada individu di Malaysia, menyanjung serta penyokong LGBT, biarpun ditentang oleh pemimpin Islam Barisan Nasional.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sembangsembang




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah