SHOPPE

Jawi Buru Ustaz Kasanova Cari Janda Kaya Untuk Sara Hidup 8 isteri

Share:
Jawi Buru Ustaz Kasanova Cari Janda Kaya Untuk Sara Hidup 8 isteri



Jawi Buru Ustaz Kasanova Cari Janda Kaya Untuk Sara Hidup 8 isteri|Seorang lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ kerana mempunyai lapan isteri kini diburu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (Jawi) selepas gagal mematuhi proses jaminan Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan hilang tanpa kesan.

Mohd. Razis Ismail, 33, dikehendaki pihak berkuasa agama itu selepas gagal hadir menyambung proses jaminannya pada 29 Oktober lalu atas kesalahan terlibat dalam pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.




Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, siasatan mendapati suspek yang berasal dari Kuala Lumpur telah berkahwin dengan lapan wanita tanpa mengikut prosedur undang-undang dan hukum syarak serta tidak mendaftarkan perkahwinan dan penceraiannya.

“Suspek yang berperwatakan seperti ustaz dengan gelaran Arrozi Abd. Rahman dan Ibnu Ar Razi menggunakan status bujang untuk menipu mangsa untuk berkahwin dengan menyasarkan golongan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi dan janda yang mempungai pendapatan bagi menampung hidupnya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Paimuzi, salah seorang wanita yang dipercayai mangsa suspek telah ditahan dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan lima sebatan syariah atas kesalahan persetubuhan luar nikah.

Katanya, orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek dengan menghubungi pegawai penyiasat, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas 1-800-88-1771.kosmo.com,my




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah