SHOPPE

Botol Isi Kentut, Hantu, Kencing Anak Dara Laris Dijual

Share:
Botol Isi Kentut, Hantu, Kencing Anak Dara Laris Dijual


PUTRAJAYA – Kecanggihan teknologi di peringkat antarabangsa berupaya mencetuskan idea baharu dan lebih segar. Dunia perniagaan pada masa kini turut diwarnai dengan pelbagai idea kreatif serta inovatif.




Barangan yang ditawarkan kepada pembeli pula semakin pelbagai dan kian unik. Nampaknya, peniaga cuba meletakkan konsep pelik namun tetap praktikal untuk menawan pelanggan yang semakin bijak cerdik hari ini.

Bayangkan perniagaan produk ganjil dalam botol mampu menghasilkan pendapatan lumayan. Tetapi adakah anda tetap berminat untuk membeli barangan yang aneh tetapi berjaya dijual laris seperti dalam senarai botol berikut?

1. Udara segar Kanada

Dua orang lelaki, Moses Lam dan Troy Paquette yang berasal dari Kanada berhasil menjadi usahawan yang amat berjaya. Dipetik daripada akhbar Telegraph, mereka berjaya menjual udara segar Kanada kepada warga China.

Peniagaan Vitality Air yang diusahakan di Edmonton, tempat dua jejaka itu memasarkan dagangan mereka. Tidak disangka, produk unik itu disambut dengan baik oleh China yang sedang mengalami masalah jerebu cukup teruk.

Melalui penjualan Vitality Air, yang dijual puluhan kali lebih mahal berbanding harga sebotol air mineral di China. Sekarang ini, mereka telah pun berjaya menjual beribu-ribu botol tersebut di negara paling ramai penduduk itu.

“Kiriman 500 botol udara segar pertama dijual dalam masa empat hari,” ujar salah seorang rakan kongsi, Moses dalam wawancara dengan akhbar Britain itu. Sebotol Vitality Air berharga C$29 atau 135 yuan China (RM90).



2. Hantu New Zealand

Pada tahun 2010, Avie Woodbury seorang wanita asal New Zealand melelongkan dua botol berisi ‘hantu’ menerusi laman TradeMe. Dia mendakwa botol berisi cairan biru itu ditutup dengan air suci penganut Kristian.

“Saya cuma ingin singkirkan mereka kerana buat saya takut,” katanya kepada akhbar Britain, DailyMail. Dia sendiri meminta pertolongan aktivis paranormal untuk menangkap ‘hantu’ agar tidak menganggu hidupnya lagi.

Namun ada pula tertarik untuk memelihara mahluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ternyata, ramai meminati botol berisi ‘hantu’ dilelong Woodbury sehingga berjaya dijual pada NZ$2,000 (RM5866).

“Untuk menghidupkan kembali ‘hantu’ dalam botol, saya diberitahu anda boleh menuangkan terus isi botol itu ke dalam piring kecil dan biarkan ia dikeringkan seketika,” menurut pencerahan Woodbury melalui laman TradeMe.



3. Bau busuk kentut

Botol berisi cecair jenama ASS ini merupakan produk yang cukup popular di Amerika Syarikat (AS). Sesuai dengan namanya, cecair dalam botol kecil itu memiliki aroma tengik yang tidak enak dihidu seperti bau kentut.

Udara ASS sangat kuat. Menurut seorang pengguna menerusi laman Reddit, dikenali sebagai angeliKITTYx, tempat kerjanya iaitu sebuah sekolah, kecoh gara-gara seorang murid pernah menggunakan cairan itu di koridor.

Pihak pentadbiran sekolah terpaksa mengosongkan koridor itu buat beberapa minit kerana bau sungguh dahsyat dihasilkan oleh cecair ASS apatah lagi semua dilarang menyalakan pemetik api sebab bimbang bahaya letupan.

Selain membuat cecair ASS dalam botol berharga AS$10 (RM43), syarikat yang sama berpusat di New York itu juga aktif menghasilkan botol penyembur dengan aroma sendawa dan najis anjing untuk pasaran antarabangsa.



4. Salji dingin beku

Kyle Waring, seorang lelaki berasal dari Boston, Amerika Syarikat (AS) sempat cuba memasarkan salji dalam botol dan perniagaan itu pernah berjaya di negara tersebut khasnya negeri-negeri yang tidak pernah merasai salji.

Beliau mendirikan syarikat sendiri dikenali sebagai Ship Snow yang mula menjual salji dalam bentuk botol ke seluruh pasaran AS. Kyle juga jual salji dalam botol sebesar 499 milimeter dengan harga AS$19.99 (RM85.98).

Sementara itu, salji dingin beku yang diisi mampat dalam kotak pula dijual pada harga lebih mahal iaitu AS$89 (RM382) manakala paket salji besar yang agak sukar diperoleh turut dijual beliau pada nilai AS$119 (RM512).

Pada 2015, Waring mendirikan pula perniagaan lain yang dinamakan Ship Foliage dengan beliau cuba untuk menjual daun-daun musim gugur dari Britain. Bisnes ini bagaimanapun khabarnya belum cukup luas lagi.



5. Air kencing dara/teruna

Laman penjualan popular di China, Taobao memang terkenal dengan penjualan barangan yang aneh. Salah satunya ialah air kencing daripada dara gadis atau teruna lelaki tempatan yang dijual dalam bentuk botol.

Bukan sembarangan air kencing yang dijual dalam botol malah yang dijual ialah air kencing kanak-kanak yang belum baligh. Dipetik menerusi portal Skycart, air kencing itu konon boleh menyembuhkan demam pesakit.

Nampaknya, warga China moden memang percaya habis akan khasiat air kencing kanak-kanak lelaki secara kaedah tradisional. Buktinya, mereka masih lagi mengamalkan adat merebus telur dara/teruna setiap tahun.

Telur jejaka adalah hidangan tradisional yang direbus dengan air kencing kanak-kanak lelaki tetapi bagi orang luar tentulah misteri jenuh memikirkan bagaimanalah agaknya rupa bentuk sebenar telur perawan tersebut!



6. Arak tradisional najis

Ttongsul merupakan sejenis arak tradisional yang berasal dari Korea dan merupakan minuman kesihatan warisan Korea jarang ditemui. Malah orang Korea moden pada umumnya tidak mengetahui tentang minuman berbotol itu.

Mereka yang boleh buat ttongsul juga jarang dilihat sekarang. Uniknya, ttongsul dibuat daripada kotoran. Menurut laman Youtube Vice Japan, ttongsul yang bermakna ‘arak najis’, memang pun diperbuat daripada najis manusia.

Minuman itu diperkenalkan kepada dunia buat pertama kali oleh Yuka Uchida pada tahun 2013. Menurut laporan portal Rocketnews 24, meskipun diperbuat daripada kotoran yang biasanya berbau busuk, ttongsul tidak berbau.

Ini disebabkan oleh kotoran manusia yang menjadi bahan utama itu melalui proses penapaian buat beberapa kali. Tidak percaya? Cuba tanya masyarakat Korea sendiri yang pernah beberapa kali meminum arak kuno ini!






-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah