SHOPPE

Guru Jepun Seks 12,000 Gadis Didakwa Ada 150,000 Foto Bogel

Share:
Guru Jepun Seks 12,000 Gadis Didakwa Ada 150,000 Foto Bogel

guru gila seks

TOKYO – Seorang bekas guru besar Jepun yang pernah dibayar dengan khidmat seks 12,000 wanita Filipina, kini didakwa lagi di mahkamah daerah Yokohama pada Sabtu kerana memiliki 150,000 gambar bogel gadis Filipina.




Hakim mendakwa Yuhei Takashima, 65 tahun; yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun dan tambahan empat tahun lagi, menurut laporan agensi berita tempatan Jiji Press memetik sumber mahkamah.

Tertuduh dilaporkan sebelum ini pernah dipenjara kerana kesalahan mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur iaitu 14 tahun namun dibebaskan setelah dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut lagi.

Kali ini dia didakwa menyimpan koleksi ratusan ribu gambar telanjang gadis antara usia 12 dan 14 tahun yang dirakamkan di beberapa hotel di Filipina kira-kira dua tahun lalu dan dalam 400 naskhah album foto berlainan.

Kesemua 150,000 gambar tersebut diperoleh sepanjang 27 tahun berada di Filipina dan bekas pengetua sekolah menengah itu dilaporkan suka menyimpan foto erotik sebagai kenangan ‘terindah’ dengan gadis terbabit sendiri.

guru gila seks

Gambar hiasan 

Kegiatan seksual Takashima bermula apabila dia dihantar ke sebuah sekolah antarabangsa Jepun di Manila pada 1988 dan dia melakukan tiga kali penjelajahan seks setahun menjadikan keseluruhan 65 kali lawatan di sana.

Sepanjang tempoh itu, dia mengaku telah berjaya menyetubuhi lebih 12,000 wanita Filipina berusia dari serendah 14 tahun sehingga paling tua 70 tahun yang masih lagi ‘kuat’ nafsu seks mereka, menurut stesen Nippon TV.

Hakim Naiko Omori menyifatkan perbuatan Takashima itu sebagai jijik dan menganggap tertuduh sengaja cuba mengambil kesempatan atas kemiskinan ekonomi gadis Filipina yang terdesak memerlukan duit perbelanjaan.

“Tidak kira di Jepun atau Filipina, kanak-kanak perempuan perlu dilindungi. Awak sebagai guru sepatutnya lebih maklum,” tegas hakim wanita itu sambil mengutuk keras ketagihan Takashima berulang kali berbuat demikian.

Pendakwa raya dilaporkan stesen pemerintah, NHK bagaimanapun dijangka memohon hukuman penjara dua tahun. Di Jepun, menyimpan imej atau video seks pornografi gadis bawah 18 tahun boleh dihukum penjara.

Kementerian Kehakiman Jepun yang meminda undang-undang itu bermula musim panas lalu turut mengenakan hukuman denda sejuta yen (kira-kira RM7,577) dan penjara selama setahun.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah