SHOPPE

Kisah Issei Sagawa: Kanibal Yang Bernafsu Pada Mayat Wanita Jelita

Share:
Kisah Issei Sagawa: Kanibal Yang Bernafsu Pada Mayat Wanita Jelita



PADA satu tengah hari  13 Jun 1981, seorang lelaki warganegara Jepun bernama Issei Sagawa berjalan ke Bois De Boulogne, sebuah taman awam jauh daripada kota metropolitan Paris, Perancis– dengan membawa dua beg pakaian bersaiz besar.




Sagawa dilihat sedang bertungkus lumus menolak beg-beg tersebut ke dalam tasik, tanpa menyedari tindak tanduknya diperhatikan seorang lelaki yang sedang berjoging.

Curiga dan perasaan ingin tahu terus menguasai lelaki tersebut, lalu beliau mengambil keputusan menjerit membuatkan orang sekeliling mula mendapatkan Sagawa yang jelas tidak tahu tindakan apa perlu dilakukannya.

Apabila dua beg itu ditarik kembali ke darat dan dibuka, alangkah terkejutnya orng ramai apabila melihat isinya adalah jasad seorang wanita yang telah dikerat-kerat anggotanya!

Mayat wanita malang itu dikenali sebagai Renee Hartevelt, warganegara Belanda yang telah ditembak tepat di kepala sebelum anggota tubuhnya disiat-siat seterusnya dimakan oleh Sagawa.



Sagawa kemudiannya diberkas pihak berkuasa dan rumah sewanya digeledah.

Hasil pencarian polis menemui cebisan daging manusia dalam peti ais, yang kemudiannya dicantum kembali oleh pakar forensik bagi tujuan pengecaman.

Menurut laporan akhbar Perancis, Sagawa tanpa rasa bersalah telah mengaku bahawa dia membunuh untuk menjadikan daging Renee sebagai santapan.


Kiri: Jasad mendiang Renee Hartevelt yang dikerat-kerat sebelum dijadikan santapan Issei Sagawa (kanan).
“Saya akui mempunyai nafsu yang pelik. Saya dapat merasakan satu kepuasan dengan menggigit dan memakan tubuh wanita jelita,” katanya dalam satu temubual bersama media Perancis.

Dia dan Renee merupakan rakan sekelas dan menuntut dalam jurusan Sastera di Akademi Sorbonne, Paris.

Pada malam Renee dibunuh, Sagawa telah mengajak wanita itu ke apartmennya untuk membantu mengalih bahasa sebuah puisi Jerman ke bahasa Perancis. Semasa Renee sedang membaca puisi tersebut, Sagawa menembaknya dari belakang, mengakibatkan wanita itu rebah dan mati serta merta.

Sagawa kemudiannya membogelkan mayat Renee dan terus menggigit bahagian paling menggiurkannya– iaitu punggung.

Namun, oleh kerana bahagian itu penuh dengan lemak, Sagawa tidak dapat terus memakannya. Dia cuba memotong bahagian itu menggunakan pisau pemotong buah, namun gagal. Resah dengan kegagalan cubaan pertama, Sagawa kemudiannya keluar untuk membeli pisau pemotong daging besar di kedai menjual daging berdekatan.

Akhirnya, dengan hanya satu hayunan, Sagawa berjaya mengerat bahagian lain yang turut menggiurkannya seperti betis, peha, payu dara dan bibir Renee. Malam itu, Sagawa bersantap bagaikan maharaja mayat rakan sekelasnya!

Berita kanibalisme ini menggemparkan rakyat Jepun dan Perancis, serta terpampang di dada-dada akhbar kedua-dua negara itu.

Jadi, adakah ‘si gila’ ini dihumban ke dalam penjara untuk seumur hidup atau dijatuhkan hukuman mati?

Jawapannya, tidak!


Sagawa yang kini berusia 66 tahun, hidup secara sederhana di sebuah apartmen kecil di pinggir bandaraya Tokyo.
Berasal daripada keluarga yang kaya-raya membolehkan bapa Sagawa menggunakan khidmat peguam terbaik di Jepun ketika itu.

Walaupun terang-terang dia seorang kanibal dan pembunuh, oleh kerana kelicikan dan ‘kebijaksanaan’ peguamnya, mahkamah gagal mencari bukti-bukti kukuh berdasarkan sistem peraturan yang termaktub di dalam undang-undang negara Perancis, seterusnya Sagawa hanya diisytiharkan tidak waras dan tidak sah dibicara!

Sagawa kemudiannya dipenjarakan di Paris. Namun beberapa bulan selepas itu dia dibebaskan dan dihantar pulang ke Jepun atas sebab rakyat Perancis membantah untuk menyalurkan cukai mereka hanya untuk membiaya kehidupan Sagawa sebagai banduan.

Sesampainya di Jepun Sagawa dengan rela hati memasukkan dirinya sendiri ke Hospital Psikiatrik Matsuzawa di Tokyo, di mana doktor pakar sebulat hati mendiagnos Sagawa sebagai “jahat tapi tidak waras” dan Sagawa telah dibenarkan untuk keluar dari pusat rawatan mental itu selamanya.

Sagawa yang kini berusia 66 tahun, hidup secara sederhana di sebuah apartmen kecil di pinggir bandaraya Tokyo.

Apabila ditanya adakah dia masih mempunyai nafsu pelik memakan daging manusia, Sagawa berkata hari ini dia telah menukar fantasi seksnya kepada yang lebih ekstrem.

“Saya mahu mati terseksa. (Saya ingin mati) dengan cara dimakan hidup-hidup oleh sekumpulan wanita seksi dan mengghairahkan,” katanya yang turut mengakui dalam satu perbualan bersama majalah Vice,“Itu adalah fantasi paling ultimate bagi saya waktu ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah