SHOPPE

Biasiswa Jika Berjaya Kekalkan Dara Pelajar Perempuan

Share:
Biasiswa Jika Berjaya Kekalkan Dara Pelajar Perempuan



JOHANNESBURG – Seorang datuk bandar wanita di Afrika Selatan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan pelajar perempuan mengekalkan dara mereka dan tidak melakukan seks.




Caranya ialah dengan memberikan hadiah berbentuk biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Dudu Mazibuko dari Uthukela, akan memberikan pembiayaan berkenaan kepada 16 orang gadis di kawasannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tujuan syarat itu dilaksanakan adalah bagi memastikan pelajar terbabit lebih memberikan fokus kepada pengajian di sekolah.

Mereka yang berhasrat memohon biasiswa berkenaan perlu secara sukarela mengekalkan dara dan bersetuju untuk menjalani ujian dara secara kerap.

“Bagi kami, ia merupakan satu ucapan terima kasih kerana menjaga diri dan memastikan mereka kekal dara untuk tempoh tiga tahun, sehingga mereka memperolehi sijil atau ijazah.

“Geran khas berkenaan hanya akan diberikan kepada gadis terbabit apabila mereka dapat memberikan jaminan bahawa mereka masih lagi perawan suci,” kata Dudu.

Menurut Dudu, biasiswa itu menyasarkan gadis-gadis muda kerana mereka sering kali menjadi mangsa eksploitasi, mengandung dan dijangkiti penyakit kelamin.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah