SHOPPE

Guru Muzik Campak Bayi Keluar Dari Tingkap

Share:
Guru Muzik Campak Bayi Keluar Dari Tingkap



Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Seorang guru muzik telah mencampak seorang bayi berusia 17 bulan keluar tingkap selepas ibu bayi berkenaan melihatnya sedang melakukan penderaan seksuan terhadap bayi malang tersebut.




Bayi perempuan itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dihumbang keluar dari tingkap setinggi 12 kaki di utara Sepanyol.

Kejadian berlaku apabila ibu bayi itu yang berusia 18 tahun dan berasal dari Brazil memasuki bilik bayi terbabit dan mendapati guru muzik tersebut sedang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Gadis itu kemudiannya menjerit menyebabkan guru lelaki itu mencampakkan bayi berkenaan. Mereka berdua bertengkar menyebabkan jiran menghubungi polis.

Pada masa sama, bayi itu tidak sedarkan diri dan terbaring di jalan namun orang yang lalu lalang di situ tidak mengendahkannya kerana menyangka ia adalah anak patung.

Mereka hanya menyedari mengenai keadaan bayi terbabit apabila polis tiba dan cuba membantu bayi tersebut, yang mengalami patah di beberapa bahagian badan.

Ibunya dan lelaki yang menderanya itu turut dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan kerana bergaduh.

Lelaki itu juga telah ditangkap polis.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah