SHOPPE

Pondok Telefon Terbiar Ditukar Jadi Kelab Malam

Share:
Pondok Telefon Terbiar Ditukar Jadi Kelab Malam



TELEDISKO merupakan sebuah kelab malam terkecil diketahui pernah wujud dan mengunjunginya jadi trend di kalangan penduduk di Berlin, Jerman.

Disko bersaiz pondok telefon awam itu dimulakan oleh syarikat telekomunikasi Deutsche Telekom yang telah merubah pondok telefon terbiar di sekitar Berlin menjadi sebuah kelab malam buat penduduk di sana.




Mampu memuatkan hanya dua pengunjung pada satu-satu masa, teledisko berperanan seperti sama seperti kelab-kelab malam lain, cuma pengunjung perlu memasukkan token duit syiling untuk beraksi di dalamnya.

Teledisko turut menyediakan pencahayaan lampu, mesin asap, bola disko dan mesin ‘touchscreen’ untuk memilih lagu dan muzik digemari.

Kawasannya yang sempit mungkin menyukarkan pengunjung untuk mengambil gambar selfie, namun dengan tersedianya kamera built in perkara itu tidak jadi mustahil kerana ianya bersedia merakam setiap pergerakan dan tarian yang dilakukan di dalamnya.





-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah