Featured Post Today
print this page
Latest Post

Bekas Artis K-pop Cantik Menawan Bertudung Setelah Memeluk Islam, Siapakah Beliau?

Bekas Artis K-pop Cantik Menawan Bertudung Setelah Memeluk Islam, Siapakah Beliau?


Siapkah gadis cantik ini yang sudah pasti berjaya menarik pehatian ramai lelaki di luar sana bahkan perhatian golongan wanita juga melihat kesopanan gadis ini bertudung.




Gadis yang bernama Ayana Moon berumur 20 tahun ini bukanlah sengaja mengenakan tudung untuk menarik pehatian orang ramai, sebaliknya dia memang seorang muaalaf yang kini sedang mendalami Agama Islam di mana dia dikatakan telah memilih Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk melanjutkan pengajian disamping mendalami ilmu agama.

Kelibat gadis ini telah disedari pertengahan tahun lalu di mana namanya telah “Meletop” dikalangan netizen di Indonesia dah Thailand. Laman Instagramnya bernama @xolovelyayana kini telah diikuti oleh 114 ribu orang.

Ayana yang berasal dari Seoul ini dahulunya dikatakan merupakan seorang anggota kumpulan K-Pop dan beliau telah meninggalkan kumpulan berkenaan selepas memeluk Islam ketika di sekolah menengah.

Walaupun Islam merupakan agama yang amat kecil di Korea Selatan iaitu hanya 1%, bagi Ayana dia merupakan insan yang bertuah dan terpilih untuk bergelar seorang bergama Islam. Di dalam keluarganya, hanya dia seorang yang memeluk Islam.

Raut wajahnya yang manis seperti pelakon Korea, disulam dengan keindahan hijab yang dipakainya membuatkan rasa sejuk mata memandangnya.







-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




0 comments

Wanita Malaysia BERHIJAB Ini, Raih Perhatian Dunia

Wanita Malaysia BERHIJAB Ini, Raih Perhatian Dunia


SARASWATI, seorang jurusolek wanita dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk membantu mengubah dirinya menjadi watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya menarik tumpuan dunia.




Menerusi akaun Instagramnya (@QueenofLuna), telah berkongsi 'kehebatannya itu' sehinggakan beliau berjaya menarik 162 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar.

Maka tidak hairanlah beberapa portal antarabangsa turut menyiarkan berita berkenaan kreativiti Saraswati, antaranya ialah Dailymail UK, dan Metro News Canada.

Ternyata, rata-rata komen yang diberikan netizen seluruh dunia adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Saraswati.









-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




0 comments

Zizan Akhirnya Mengaku, Pernah Keluar Dengan Vie Shanti

Zizan Akhirnya Mengaku, Pernah Keluar Dengan Vie Shanti


ZIZAN Razak akhirnya mengakui bahawa dia dan bekas isteri kepada Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun pernah keluar bersama untuk menonton wayang tetapi menepis dakwaan mengatakan mereka keluar berdua.




“Ya, memang betul kami pernah keluar menonton wayang bersama tetapi bukan berdua. Dia ditemani keluarganya begitu juga dengan saya. Hubungan antara kami berdua hanyalah sebagai kawan sahaja.

“Kami hanya berkawan, kalau jumpa pun atas urusan kerja dan perniagaan. Cukuplah ini sahaja komen saya, saya tak mahu memanjangkan perkara ini.

“Sebelum ini, dia sendiri sudah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram jadi bagi saya itu sudah mencukupi” jelas Zizan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Lagi 3 Tahun! Neelofa Akan Panik Jika Tidak Temu Jodoh

Lagi 3 Tahun! Neelofa Akan Panik Jika Tidak Temu Jodoh

Neelofa bogel


PENGACARA jelita Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, 27, mengakui dirinya berasa risau dan panik jika tidak bertemu dengan jejaka pilihan hati menjelang umur 30 tahun.




“Sekarang ini, memang saya masih belum mempunyai kekasih. Kalau kita ada kekasih hati, sudah tentu kita mahu membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius dan mendirikan rumah tangga bersamanya.

“Saya akan lebih risau dan panik jika masih tidak bertemu jodoh apabila usia saya menjangkau 30 nanti dan pada masa itu, saya akan memikirkan isu ini dengan lebih serius,” katanya.

Tambah Neelofa, dia mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan perniagaannya buat masa ini. Dia juga mempunyai hasrat yang tinggi mahu membuka butik hijab di New York.

“Buat masa sekarang, biarlah saya fokus dengan kerjaya dan perniagaan. Masih banyak belum dikecapi termasuk membuka butik tudung di New York. Doakan supaya saya terus berjaya,” kata Neelofa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Datuk Bandar Aceh Serbu Pertandingan Cari Model

Datuk Bandar Aceh Serbu Pertandingan Cari Model


Banda Aceh – Datuk Bandar Aceh, Illiza Saaduddin Djamal semalam menyerbu satu pertandingan mencari model selepas pesertanya dilaporkan berpakaian seksi dan tidak menutup aurat.




Pertandingan Indonesian Model Hunt 2016 diadakan di sebuah hotel di sini dan disertai beberapa peserta lelaki serta wanita.

Ketika beberapa peserta beraksi di pentas, Illiza dan beberapa pegawainya menyerbu masuk dan mengarahkan acara itu dihentikan.


“Pakaian yang dipakai peserta ini melanggar undang-undang Islam kerana ada wanita yang berpakaian menjolok mata.

“Ada peserta lelaki pula yang memakai seluar pendek dan ada yang memakai baju menyerupai wanita,” katanya.

Beliau memberitahu menerima laporan mengenai pertandingan itu lengkap dengan gambar peserta memakai pakaian yang tidak sesuai.

“Walaupun ada peserta yang berhijab, tetapi ramai yang tidak memakai tudung,” ujarnya.





Menurutnya, beliau kecewa acara seperti itu berlaku di Aceh dan pihak penganjur pula tidak memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan.

“Penganjur dan ejen model ini saya arahkan datang ke Balai Kota Banda Aceh untuk disoal siasat sebelum tindakan diambil ke atas mereka,” tegasnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Suami Terpaksa Tahan Godaan Dua Adik Ipar Sekaligus...

Suami Terpaksa Tahan Godaan Dua Adik Ipar Sekaligus...



SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.




Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.

Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya. Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.

Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor
--------------------------
ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda. Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.

Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




0 comments

Gambar-Gambar Sekitar Perkahwinan Yatt Hamzah & Majlis Hari Jadi Nia

Gambar-Gambar Sekitar Perkahwinan Yatt Hamzah & Majlis Hari Jadi Nia


Beberapa lagi gambar sekitar pernikahan Yatt Hamzah, 36, dan pasangannya Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, yang berlangsung semalam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.




Selain majlis pernikahan, turut diadakan majlis sambutan hari lahir anak Yatt iaitu Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang ke-6.

Jom lihat !!!
















-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




0 comments

Rantai Isteri Akibat Leka Main WhatsApp

Rantai Isteri Akibat Leka Main WhatsApp



KANGAR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.




Mohd. Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd. Izni Ibrahim.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.

Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi masih lagi berada di leher dan seterusnya berjaya membuat laporan.

Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.

Mohd. Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela. – Sinar Harian Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh Suami

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh Suami



IPOH – Seorang wanita ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Ladang Sengat, Simpang Pulai di sini hari ini, dipercayai dibunuh suaminya.




Mangsa S. Durga Devi, 17, ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan di muka seperti ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi, daripada orang awam yang terdengar pergaduhan di rumah mangsa.

“Jiran memberitahu ada dengar pergaduhan berlaku di rumah mangsa sejak tengah malam tadi sehingga sekitar pukul 5 pagi.

“Pergaduhan itu dipercayai disebabkan masalah rumah tangga. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata suami mangsa berumur 27 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang senjata dirampas.

Mengenai kesan darah yang ditemui di luar rumah itu, Sum berkata ia akan dihantar ke Unit Forensik untuk mengenal pasti sama ada ia milik mangsa atau suaminya.

Sum berkata pasangan yang hanya tinggal berdua di rumah milik bapa si suami itu telah berkahwin selama setahun dan tidak mempunyai anak.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Remaja Rogol, Bunuh Guru Matematik Dipenjara Seumur Hidup

Remaja Rogol, Bunuh Guru Matematik Dipenjara Seumur Hidup


SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dari Massachusetts, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh guru Matematiknya sebelum merogol mangsa, tiga tahun lalu.




Ketika melakukan jenayah terbabit, Philip berusia 14 tahun, membunuh Colleen Ritzer, 24, dengan mengekori mangsa ke tandas sekolahnya sebelum melakukan serangan kejam tersebut.




Colleen menjadi mangsa bunuh dan rogol anak muridnya sendiri tiga tahun lalu.
Selepas menikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau pemotong kotak, Philip kemudiannya mencekik dan merogol mangsa sebelum membuang mayat dalam tong sampah.

Tidak puas hati, Philip membawa mayat mangsa ke dalam hutan berdekatan dan menguburkannya di situ.

Perbuatan terkutuknya terbongkar selepas Philip menggunakan kad kredit Colleen untuk membeli tiket wayang pada hari sama dia melakukan jenayah itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Ayda Tepis Berita Palsu Yang Tersebar

Ayda Tepis Berita Palsu Yang Tersebar


TIADA angin mahupun ribut, tiba-tiba ada berita mengatakan Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat kritikal tersebar menerusi laman sosial.




Ayda ternyata terkejut dengan penyebaran berita mengatakan beliau cedera teruk dan kritikal dalam satu kemalangan yang disebarkan melalui laman Facebook.



Tidak diketahui siapa yang punya angkara yang menyebarkan berita sedemikan, mempermainkan sesuatu yang sangat serius seperti ajal dan maut bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh-temeh.

Sudah jadi asam garam dunia arits, seandainya sepi tanpa sebarang gosip atau cerita sensasi, ada-ada sahaja golongan yang akan canang cerita yang entah dari mana sumbernya dan kisah-kisah lampau diungkit demi meraih populariti murahan daripada netizen.

Berita seumpama ini sering terjadi kepada artis tempatan, antara artis yang pernah mengalami situasi yang sama adalah pelakon dan pelawak Ebby Yus yang dikatakan meninggal dunia akibat masalah paru-paru pada hujung tahun lepas.

Ayda yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon mendapat berita mengenai dirinya yang kritikal akibat kemalangan melalu kawan-kawan yang menghubungi beliau untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Menurut Ayda kepada portal Era.fm, gambar yang diviralkan itu adalah semasa beliau terlibat dalam kemalangan 4 tahun lepas iaitu pada tahun 2012.

“Saya pernah terlibat kemalangan tetapi pada 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” jelas Ayda kepada portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, Ayda turut menyarankan dan menasihatkan kepada pengguna media sosial supaya meneliti kesahihan dan kebenaran sesebuah cerita atau khabar angin sebelum disebarkan.

Isu berkaitan ajal dan maut, bukanlah boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, ia milik Allah, tiada siapa yang mengetahui waktu dan ketika seseorang itu akan dijemput menghadapnya.

Nasihat MYNEWSHUB kepada pembaca sekalian, daripada sibuk mencanang cerita tentang kematian orang lain, adalah lebih baik untuk menghitung amal kebajikan diri sendiri.

Ini kerana mati itu pasti, tidak cepat mahupun lambat. Percaturan Allah itu benar dan jelas. Walau apa pun, layan dulu lagu Pencuri Hati oleh Ayda Jebat.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Ayda Jebat Akui Gambar Dirinya Kemalangan Sahih, Tetapi..

Ayda Jebat Akui Gambar Dirinya Kemalangan Sahih, Tetapi..



SEJAK akhir-akhir ini, banyak pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan beita palsu tentang kemalangan atau kematian membabitkan orang popular.




Terbaharu, tersebar berita di laman sosial bahawa pelakon kecil molek Ayda Jebat terlibat dalam satu kemalangan.

Menurut Ayda, dia dan keluarga berasa amat terkejut apabila dihubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya adakah saya terlibat dalam kemalangan, dan saya berasa sangat terkejut apabila menerima panggilan seperti itu. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita itu dengan menggunakan gambar yang sudah bertahun lamanya.

“Ya, memang benar saya pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya, dan betul itu gambar saya. Tetapi itu gambar 4 tahun lalu. Kini saya sihat dan saya juga tidak tahu kenapa cerita itu disebarkan kembali.

“Saya tak marah jika ingin menggunakan gambar itu, tetapi biarlah tajuk itu betul dan tepat,” kata Auda.

Ayda juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu isu yang tidak sahih dan tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Sekolah Agama Untuk Pondan Ditutup

Sekolah Agama Untuk Pondan Ditutup




YOGYAKARTA – Pihak berkuasa tempatan Indonesia di daerah Kotagede di sini memutuskan menutup Sekolah Islam Al-Falah yang dikhususkan untuk pelajar pondan.




Ia juga mengharamkan sekolah berkenaan menganjurkan sebarang kegiatan keagamaan atas alasan menjaga ketenteraman awam selepas didesak beberapa pertubuhan Islam.

Keputusan dibuat selepas pertemuan antara wakil Al-Falah, pegawai keselamatan, pihak berkuasa tempatan, Barisan Jihad Islam (FPI) cawangan Yogyakarta dan penduduk tempatan.

“Kami memutuskan menutup sekolah Islam yang mengajar pelajar pondan atas alasan keselamatan dan isu keselesaan awam,” kata ketua daerah kecil Banguntapan, Jati Bayu Broto, semalam.

Menurutnya, setiap pihak diberi peluang menyuarakan pendapat dalam mesyuarat itu yang turut dihadiri ketua Al-Falah, Shinta Ratri dan ketua FPI Yogyakarta, Umar Said.

Selepas bermesyuarat dan berdialog, para peserta mengambil keputusan untuk menutup sekolah berkenaan kerana sekolah itu dibina di kawasan yang sesak penduduk.

“Mereka menuduh sekolah itu mengadakan pelbagai aktiviti, termasuk minum arak dan karaoke. Sekolah itu mengambil keputusan menghentikan operasinya atas nasihat keluarga Shinta, bukan kerana desakan FJI,” kata peguam Shanti, Aditia Arief Firmanto.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Kekasih Maut Seks Oral Guna Timun Masa Isteri Tiada Rumah

Kekasih Maut Seks Oral Guna Timun Masa Isteri Tiada Rumah


BERLIN – Seorang lelaki Jerman berdepan hukuman penjara lima tahun selepas didapati menyebabkan kekasih gelapnya maut sesak nafas akibat mulut wanita itu ditusuk timun yang digunakan mereka untuk berasmara.




Lelaki berusia 46 tahun dan bapa kepada seorang anak perempuan itu asalnya menjemput perempuan simpanan tersebut ke rumahnya di Mannheim dekat Frankfurt ketika isteri dan anaknya pergi keluar atas urusan di bandar.

Pasangan itu kemudian mabuk selepas habis meneguk empat botol wain sebelum mereka masuk ke bilik tidur lelaki berkenaan untuk melakukan persetubuhan dengan menjadikan batang timun sebagai alat permainan seks.

“Kami sering guna pelbagai jenis dildo (batang zakar palsu) demi memuaskan nafsu selain lobak panjang bagi rangsang seks dan hari itu, saya ambil timun dari dapur kerana dia lupa bawa dildo,” kata tertuduh di mahkamah.

Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya memberitahu, timun itu dijadikan seumpama alat bantuan asmara sebelum dimasukkan ke dalam mulut mangsa bagi memulakan aksi seks oral sebagaimana lazim mereka lakukan.


Babak tersebut namun terganggu seketika apabila lelaki itu menyedari ada bau asap dari dapur rumahnya kerana dia terlupa memadam api yang sedang memasak sekeping daging burger untuk dimakan anjing peliharaannya.

“Dapur nyaris hangus terbakar dan saya berlari menutup api dapur sebelum memberi daging itu untuk anjing saya makan dan saya pula sempat hisap rokok di balkoni,” kata tertuduh kepada hakim sebuah mahkamah tempatan.

Selepas habis merokok, lelaki tersebut balik ke biliknya dan mendapati kekasihnya pengsan terbaring di atas lantai dengan timun masih melekat di mulut wanita simpanannya itu dipercayai akibat tekak tersekat udara pernafasan.

“Saya berjaya tarik keluar batang timun itu, namun tubuh badan teman wanita saya itu didapati sudah lembek dan tidak bermaya ekoran kekurangan oksigen selama beberapa minit sebelum jatuh koma,” katanya lagi penuh emosi.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran tetapi pihak mahkamah diberitahu bahawa nyawa wanita itu, yang dirahsiakan identitinya; gagal diselamatkan oleh doktor.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger