SHOPPE

50,000 Siswa Universiti Texas Bawa Senjata Ke Kelas

Share:
50,000 Siswa Universiti Texas Bawa Senjata Ke Kelas


DALLAS – University of Texas di Austin muncul sebagai institusi pengajian tinggi pertama di Amerika Syarikat (AS) yang bersetuju membenarkan lebih 50,000 pelajarnya untuk membawa senjata api masuk dalam bilik kelas.




Kebenaran istimewa itu diberikan susulan satu rang undang-undang yang diluluskan Kongres baru-baru ini akhirnya menarik balik sekatan pemilikan senjata pelajar di semua kampus universiti tempatan bermula 1 Ogos.

Presiden universiti itu, Gregory Fenves namun berkata beliau tidak bersetuju senjata dibenarkan dibawa masuk ke kawasan kampus dan menganggap perkembangan terbaharu itu sebagai yang paling mencabar buat dirinya.

Sebagai pemimpin universiti itu yang ditubuhkan sejak 1883, beliau mendakwa sebahagian besar daripada 3,000 pengajar mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana enggan menerima peraturan baharu tersebut.




Universiti Texas dengan 24,000 staf bukan akademik merupakan tempat pertama berlakunya tembakan rambang di AS, dalam siri serangan berdarah disasarkan di sekolah-sekolah dan kampus universiti negara tersebut.

Jabatan Pendidikan AS menganggarkan negara kuasa besar dunia itu mempunyai hampir 10,000 buah universiti sama ada awam atau swasta dengan lebih 21 juta penuntut pelbagai pengajian termasuk dari seluruh dunia.

Menurut rekod Pusat Kawalan Penyakit AS di Atlanta, setiap tahun secara purata dianggarkan lebih 33,000 kes kematian di seluruh negara disebabkan senjata api sama ada pembunuhan, bunuh diri atau kemalangan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah