SHOPPE

Ayda Jebat Akui Gambar Dirinya Kemalangan Sahih, Tetapi..

Share:
Ayda Jebat Akui Gambar Dirinya Kemalangan Sahih, Tetapi..



SEJAK akhir-akhir ini, banyak pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan beita palsu tentang kemalangan atau kematian membabitkan orang popular.




Terbaharu, tersebar berita di laman sosial bahawa pelakon kecil molek Ayda Jebat terlibat dalam satu kemalangan.

Menurut Ayda, dia dan keluarga berasa amat terkejut apabila dihubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya adakah saya terlibat dalam kemalangan, dan saya berasa sangat terkejut apabila menerima panggilan seperti itu. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita itu dengan menggunakan gambar yang sudah bertahun lamanya.

“Ya, memang benar saya pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya, dan betul itu gambar saya. Tetapi itu gambar 4 tahun lalu. Kini saya sihat dan saya juga tidak tahu kenapa cerita itu disebarkan kembali.

“Saya tak marah jika ingin menggunakan gambar itu, tetapi biarlah tajuk itu betul dan tepat,” kata Auda.

Ayda juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu isu yang tidak sahih dan tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah