SHOPPE

Bapa Sembelih Anak Tikam Isteri

Share:
Bapa Sembelih Anak Tikam Isteri


Bapa Sembelih Anak Tikam Isteri|Keningau: Polis berkas lelaki 39 tahun disyaki membunuh anak dengan menyembelihnya dan menikam isterinya kerana marah apabila diminta memberikan belanja dapur.




Kejadian berkenaan berlaku di rumah keluarga itu di Kampung Melampoi, Nabawan, dekat sini, kira-kira 2 pagi lalu, Khamis lalu.

Mangsa Rojas Jonvin, 8, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesen luka di bahagian leher dan badannya .
Isteri suspek pula, Edwena Doca, 49, kini menerima rawatan di Hospital Keningau akibat luka diperut dipercayai ditikam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memberkas suspek yang cuba melarikan diri.





“Pemeriksaan di dalam rumah menemui mayat kanak-kanak lelaki dipercayai anak suspek manakala isterinya berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang ramai.

“Mengikut kata isteri suspek punca kejadian disebabkan suspek marah dengannya isterinya yang meminta duit gaji suspek untuk belanja dapur,” katanya dalam sidang di IPD Keningau, petang tadi.

Menurutnya, hasil ujian air kencing didapati suspek positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah