SHOPPE

Gadis ‘Kembar’ Fazura Dapat Banyak Offer Jadi Model Muslimah

Share:
Gadis ‘Kembar’ Fazura Dapat Banyak Offer Jadi Model Muslimah



SEBELUM ini Mynewshub ada menulis kisah mengenai seorang gadis manis berumur 18 tahun yang berwajah persis pelakon popular Nur Fazura.




Disebabkan namanya kini menjadi viral, gadis tersebut, Nur Syazana Romli, 18, mengakui rezekinya semakin murah bilamana dia ditawarkan pelbagai pihak untuk menjadi model dan duta produk.

Menurutnya, sehingga kini dia sudah menerima tujuh tawaran daripada pihak yang berminat menjadikannya duta produk dan model pakaian Muslimah.

Walaupun kini semakin dikenali namun Syazana berharap tiada pihak di luar sana yang menganggap dirinya ingin menumpang populariti pelakon berusia 33 tahun itu.

“Saya masih mentah dan masih banyak perkara perlu difikirkan, terutamanya pelajaran. InsyaAllah, saya akan sambung belajar dalam bidang perniagaan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar tidak lama lagi.

“Saya berharap, tidak ada pihak yang menganggap diri saya tumpang populariti Fazura,” katanya, memetik laporan Harian Metro. 




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah