SHOPPE

Kajian Mendapati Lelaki Suka Main Telepon Dan Letak Dalam PokeT Miliki Air Mani Cair

Share:
Kajian Mendapati Lelaki Suka Main Telepon Dan Letak Dalam PokeT Miliki Air Mani Cair


Kajian Mendapati Lelaki Suka Main Telepon Dan Letak Dalam PokeT Miliki Air Mani Cair|Kuala Lumpur – Lelaki yang menyimpan telefon mudah alih mereka di dalam poket mereka berisiko “memasak ” sperma mereka, menurut sebuah kajian.




Kajian tersebut dijalankan untuk mengkaji tahap dan kualiti sperma golongan lelaki yang menyimpan telefon bimbit mereka di poket seluar ketika melakukan aktiviti seharian seperti bekerja.

Menurut kajian itu yang dijalankan di Isreal, tindakan menyimpan telefon bimbit pada jarak satu atau dua kaki dari badan, seperti di atas meja sisi katil pada waktu malam juga dapat memberi kesan kepada penghasilan sperma.

Martha Dirnfeld, dari Technion University di Haifa berkata: “Kami menganalisis jumlah dan kualiti sperma yang dapat berenang dengan aktif dan mendapati bahawa jumlah dan kualiti yang diingini tidak didapati kerana kesan pemanasan telefon bimbit dari aktiviti elektromagnet.”

Kajian tersebut mendedahkan bahawa hampir separuh daripada jumlah responden lelaki yang dikaji iaitu 47 peratus yang membawa telefon bimbit dalam poket mereka mempunyai tahap sperma yang tidak normal dari segi konsentrasi sperma, berbanding 11 peratus responden lain yang mempunyai kualiti sperma yang normal.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah klinik kesuburan di Israel dan 106 lelaki telah mengambil bahagian.

Penyelidik juga mendapati bahawa lelaki yang kerap bercakap menggunakan telefon bimbit selama lebih daripada satu jam sehari dan menggunakan telefon ketika sedang dicas mungkin berisiko dua kali ganda untuk mempunyai air mani cair dan jumlah sperma yang berada dibawah paras normal.

Menurut Gedis Grudzinskas, seorang perunding kesuburan di Harley Street dan Hospital St George, lelaki perlu berfikir tentang kesuburan mereka dan cuba untuk berhenti daripada ketagih kepada telefon bimbit.

“Jika anda memakai sut untuk bekerja, letakkan telefon bimbit di dalam poket di bahagian dada anda dan bukannya berhampiran dengan testis anda kerana dapat mengurangkan risiko pengurangan sperma anda,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah