SHOPPE

Kuat Membebel Punca Suami Pukul Isteri Pakai Kasut Depan Umum

Share:
Kuat Membebel Punca Suami Pukul Isteri Pakai Kasut Depan Umum



Kuat Membebel Punca Suami Pukul Isteri Pakai Kasut Depan Umum|Susulan satu video viral yang merakamkan aksi seorang lelaki memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya menggunakan kasut baru-baru ini, pihak polis telah berjaya menahan lelaki tersebut di Kluang semalam.




Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek itu yang berusia 44 tahun ditahan di kediamannya di Taman Sri Kluang kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut beliau lagi, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku memukulisterinya kerana tertekan dengan sikap isterinya itu yang suka membebel di sebabkan masalah kewangan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki tersebut menghidap penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Kluang.

“Polis telah merampas sepasang kasut berwarna hitam dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk memukul isterinya dalam kejadian tiga hari lepas,” katanya sebagaimana lapor Bernama.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah