SHOPPE

Najib Puji Jaringan Gol Cantik Faiz Subri

Share:
Najib Puji Jaringan Gol Cantik Faiz Subri



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma sungguh cantik dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, George Town malam Selasa.




“Hebat gol freekick Faiz Subri, khabar mengenainya sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip freekick itu, memang cantik,” katanya dalam catatan terbaharu menerusi akaun Twitternya hari ini.

Najib turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma pada minit ke-62 dengan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum masuk ke gawang Pahang.

Gol cantik hasil sepakan percuma itu telah mencuri tumpuan dunia termasuk beberapa portal antarabangsa.

Menurut portal berita British Independent (www.independent.co.uk), kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai ‘Goal of the Year‘.

Pada perlawanan semalam skuad Harimau Kumbang menundukkan pelawat Tok Gajah dengan jaringan 4-1. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah