SHOPPE

Video: Dua Peragut Dibelasah Penduduk Kepong

Share:
Video: Dua Peragut Dibelasah Penduduk Kepong



RAKAMAN video dua peragut lelaki yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, tersebar.




Menerusi visual, kedua-dua suspek dianggarkan berusia 20-an itu dilihat ‘lunyai’ berlumuran darah akibat tidak mampu mempertahankan diri setelah dibelasah teruk penduduk tempatan.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berjalan ke tempat kerja sebelum didatangi oleh dua lelaki berkenaan dari arah belakang.

Difahamkan, salah seorang daripada lelaki warga tempatan itu merentap beg tangan mangsa sebelum mangsa terjatuh dan mereka melarikan diri.

Bagaimanapun, reaksi segelintir netizen melalui media sosial yang melihat rakaman tersebut seakan-akan simpati terhadap kedua-dua suspek yang berlumuran darah akibat dibelasah secara kejam.

“Saya juga pernah diragut, namun saya tak rasakan orang awam perlu belasah penjenayah sehingga sebegini rupa…bukankah kita ada pihak polis dan undang-undang bagi hukum mereka?,” tulis Kavin Lawrence.

“Perlukan lelaki ini dipermalukan sehingga sebegini rupa? Kesian saya tengok, yelah walaupun mereka ‘layak’ dibelasah,” tulis Vasantha Krishnan.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah