Featured Post Today
print this page
Latest Post

Wan Shades Saman Pemilik Blog Rotikaya RM1 Juta

Wan Shades Saman Pemilik Blog Rotikaya RM1 Juta



KUALA LUMPUR – Penyanyi utama kumpulan ‘Shades’, Wan Shades memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya, empat tahun lepas.




Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini dengan menamakan Nor Hamzie Md Hambali, 31, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Faizal mendakwa pada 20 Feb 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog tersebut yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri seperti yang dinyatakan oleh defendan.

Mohamad Faizal mendakwa beliau juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mana-mana mahkamah berhubung kejadian rogol seperti dinyatakan oleh defendan.

Menurutnya, defendan juga tidak pernah mendapat pengesahan daripadanya berhubung artikel itu sebelum ia diterbitkan.

Justeru, beliau menuntut ganti rugi, teladan, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Trend Kongsi Cerita ‘Hantaran Kahwin Aku Paling Murah’

Trend Kongsi Cerita ‘Hantaran Kahwin Aku Paling Murah’


GAMBAR HIASAN

“TIADA pelamin indah, tiada jurugambar, tiada kompang bertalu-talu, tiada jamuan makan mewah, tiada hantaran dan baju pengantin hanya biasa-biasa..” itu antara ayat bagi menggambarkan perkahwinan serba sederhana, apabila rata-rata netizen kini sedang mengecam amalan meletakkan wang hantaran tinggi oleh pihak pengantin perempuan.




Semuanya gara-gara video viral perkelahian dua keluarga di masjid kerana wang hantaran tak cukup, yang tersebar minggu lalu.

Rata-rata memandang punca kejadian tersebut disebabkan nilai wang hantaran masa kini yang dikatakan terlalu tinggi buat sesetengah lelaki yang mahu datang melamar.

Di sebalik kutukan terhadap isu wang hantaran tinggi, tup-tup ramai pula yang muncul dan berkongsikan kisah perkahwinan dengan wang hantaran dan majlis serba sederhana.

Sebagai contoh, beberapa status dibawah ini;




Barangkali mahu mendidik orang ramai agar tidak membazir, menjadi ikhtibar dan paling penting menguar-uarkan ajaran sunnah Nabi.

Bagaimanapun, sesetengah status yang dimuat naik ada yang seolah-olah berbunyi riak dan berbangga diri kononnya kos perkahwinan dialah yang paling murah dan isterinyalah yang paling berbaloi dimiliki.

BACA: Wang Hantaran Perlu Ikut Kemampuan Pihak Lelaki
Tambahan pula, status-status tersebut menarik perhatian dan mudah menjadi viral.

Hal ini turut disedari beberapa pengguna media sosial yang meluahkan rasa muak mereka terhadap situasi ini.

“Inilah masalahnya, sekarang semua nak up kan dialah hantaran murah dapat isteri taat laa apa semua. Tak usahlah sebab bersepah lagi pasangan bahagia di luar sana walaupun majlis nikah murah. Lambat laun jadi bangga terus riak.. hmm,” kata Ahmad Safwan Zakaria.

“Dari semalam ramai yang dok up hantaran murah bini tiptop.. motip nak bagi pengajaran yang belum kahwin. Eh! Nabi SAW dah bagi tahu segalanya tak perlu nak moral dari orang lain,” kata Fazlie Anuar.


BACA: Pengantin Lelaki Beri Penjelasan Berkenaan Insiden Ditumbuk
Apa-apa pun, jumlah wang hantaran kebiasaannya ditetapkan oleh ibu bapa pengantin perempuan dan jarang ditetapkan oleh bakal isteri.

Bagi kami, jika mahal jumlah hantarannya pasti ada sebab tertentu bakal ibu bapa mentua meletakkan harga sedemikian. Jika jumlah hantarannya murah pula, anggap sahaja rezeki buat kalian kerana dipermudahkan.

Usahlah terlalu bangga diri dan sibuk bercerita konon-kononnya andalah pasangan pengantin yang terbaik.

Apa pun, yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Hull Dipilih Lokasi Bogel Terbesar Berkumpul Untuk Seni

Hull Dipilih Lokasi Bogel Terbesar Berkumpul Untuk Seni



LONDON – Kota Hull di utara England berjaya dipilih sebagai lokasi berikutnya untuk penganjuran program perhimpunan peserta yang bertelanjang bulan secara besar-besaran, untuk kepentingan hasil karya seni.




Jurufoto antarabangsa terkemuka, Spencer Tunick, bakal mencipta karya terbaharunya di bandar lama diasaskan pada 1193 itu sebagai merayakan status Hull yang tahun ini ditetapkan sebagai kota budaya Great Britain.

Acara perhimpunan umat manusia berbogel bulat berkenaan akan berlangsung di pelabuhan East Yorkshire di Hull pada 9 Julai depan manakala hasil rakaman fotonya unik tersebut akan diluncurkan pada 2017 depan.

Pihak penganjur berharap ratusan orang sukarelawan akan tampil menanggalkan pakaian masing-masing dan bertelanjang untuk bergabung dalam usaha pemotretan untuk karya gambar pegun berjudul Sea Of Hull itu.


Kulit pada tubuh montok setiap peserta akan dikilatkan dengan sejenis kosmetik khas, sebelum ditata rias untuk membentuk pelbagai warna laut dan menciptakan bentuk-bentuk abstrak untuk pemotretan foto unik tersebut.

Berasal dari New York, Amerika Syarikat, Tunick pernah mencipta lebih 90 karya bertema bogel di seluruh dunia, termasuk di Sydney Opera House, Australia; Place des Arts Montreal, Kanada dan Bavaria Opera Munich, Jerman.

“Saya sangat tertarik pada keagungan sejarah hebat kota lama ini dan statusnya sebagai sebuah pusat pelayaran dan kaitannya dengan tradisi maritim masyarakat Inggeris yang kaya pada masa lalu,” kata beliau lagi.

“Hal yang sangat menggeletek perasaan saya adalah bahawa banyak jalan utama atau taman bunga sekarang di Hull, sebelumnya adalah merupakan kawasan perairan,” jelas Tunick kepada stesen penyiaran terkenal BBC.


Dia seterusnya berharap, menerusi projek ini ia dapat menciptakan ‘lautan manusia telanjang membanjiri kota’ dan pewarnaan tubuh akan membantu banyak orang untuk mengatasi rasa malu diri mereka dalam imej bogel.

Berbangsa Yahudi, Tunick, 49; mula merakamkan foto telanjang pada 1986 di London dua tahun sebelum tamat pengajian seni sebelum berkembang ke serata dunia termasuk di Belanda, Ireland, Perancis dan Mexico.

Kirsten Simister, dari Ferens Art Gallery Hull, menyatakan: “Ini kesempatan untuk melibatkan masyarakat tempatan secara langsung dalam pertunjukan menakjubkan yang akan ubah kota hanya dalam bebarapa saat.”

Tunick juga akan membuat rakaman kedua pada 10 Julai berikutnya dan mengundang sejumlah peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara telanjang beramai-ramai yang lain di North Lincolnshire pula.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Ngeri! Pemandu dihimpit arak bersepai otak dalam kemalangan

Ngeri! Pemandu dihimpit arak bersepai otak dalam kemalangan


Pendang: Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.




Dalam kejadian jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.








ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan, semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  fbkini




0 comments

Remaja Belakon Solat Subuh Ketika Dicekup Khalwat

Remaja Belakon Solat Subuh Ketika Dicekup Khalwat



Remaja Belakon Solat Subuh Ketika Dicekup Khalwat|Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh.




Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.

Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika.

“Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu mengapa perlu berdua-duaan dan berada dalam keadaan tidak menutup aurat,” kata salah seorang pegawai JAIP di tempat kejadian.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit akhirnya ‘menyerah diri’ sebelum dibawa ke pejabat JAIP Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur dalam lingkungan 20-an ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel murah.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




0 comments

Ngeri! 7 Foto: Pelajar UiTM Maut Jatuh Bangunan Tingkat 4 Asrama

Ngeri! 7 Foto: Pelajar UiTM Maut Jatuh Bangunan Tingkat 4 Asrama


Seorang peljar UiTM maut selepas terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama kediaman lelaki kampus berkenaan dalam kejadian lebih kurang jam 9 malam semalam.



Pelajar asasi sains Universiti Teknologi Mara tersebut tergelincir ketika memsuki sebuah bangunan melalui tingkap kerana pintu bangunan berkenaan berkunci. Mangsa dikatakan ingin mengambil barang keperluan didalam bangunan tersebut. Saksikan gambar di bawah..












-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  fbkini




0 comments

Syok abang ni, dihimpit 'susu' Maya Karin

Syok abang ni, dihimpit 'susu' Maya Karin


 Heh...Maya Karin artis jelita penuh sensasi. Pasti ramai yang merasakan dirinya beruntung apabila bergambar dengan beliau, apatah lagi dipeluk dan dibelai.




Tak terkecuali dengan 'abang' dalam gambar di bawah ini, seronok disusukan oleh Maya Karin.

Hehehehe...apa yang kami pasti, Maya Karin memang gorgeous, sumbangan beliau dalam bidang seni memang hebat, jadi Maya juga menyumbangkan tenaganya dalam lapangan kebajikan.

Go Maya! We love you bebeh!







-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  fbkini




0 comments

Jururawat ‘Digantung’ Rakam, Kongsi Foto Zakar Pesakit

Jururawat ‘Digantung’ Rakam, Kongsi Foto Zakar Pesakit



NEW YORK – Seorang jururawat di New York diarah menyerahkan lesen kerjaya kejururawatannya setelah didapati bersalah telah merakam foto dan video sejumlah pesakit termasuk gambar batang zakar mereka.




Menurut laman Huffington Post, Kristen Johnson, jururawat penyelia Amerika Syarikat berusia 27 tahun ini, mengambil gambar pegun dan visual video dengan menggunakan gajet iPhone5 miliknya pada 2014 lalu.

Ketika itu, dia malah dikatakan selamba sahaja tanpa perasaan malu merakamkan sejumlah foto dengan memaparkan objek kemaluan lelaki salah seorang pesakit yang lumpuh menerusi telefon pintarnya itu.

Bekas jururawat ini juga didapati berjaya mengambil video saat seorang pesakit perempuan sedang dibersihkan tubuh badannya dalam keadaan telanjang bulat dan terpaksa dirawat akibat mengalami masalah pendarahan.


Kristen kemudian berkongsi dengan menyebarkan foto dan video eksklusif itu kepada ramai jururawat lainnya dan susulan perbuatannya dikesan, pihak berkuasa segera menangkap wanita ini pada bulan Mei tahun lalu.

Kes ini disiasat selama sembilan bulan oleh Jabatan Pendidikan Negeri New York kerana ia berlaku di hospital Upstate University di Syracuse yang merupakan pusat pengajian tinggi terkenal untuk penuntut perubatan.

Dia kemudian mengaku bersalah dan digantung tugas sementara pada November 2015 kerana perbuatannya itu dianggap amat jelas melanggar undang-undang kerjaya profesional sebagai jururawat bertauliah tempatan.

Namun Kristen yang berasal dari Fulton dekat sini diarah menjalani tempoh masa pemerhatian selama tiga tahun untuk kesalahannya itu sebelum dia kemudian telah pun menyerahkan lesen akreditasi kerjanya baru-baru ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Gambar Selfie Ini Buat Roma Meremang.. Nampak Tak?

Gambar Selfie Ini Buat Roma Meremang.. Nampak Tak?



SEKALI pandang ianya hanya sekeping gambar selfie yang biasa dilakukan semua orang. Tapi jika dibelek dengan teliti maka bulu roma anda pasti meremang dibuatnya!




Jika masih tak perasan.. perhatikan imbasan bayang wanita yang bergambar selfie di kaca belakangnya, adakah dia sedang merenung anda?


Pemeriksaan kami mendapati gambar ini sudah tersebar di media sosial sejak akhir tahun lalu tapi kembali viral sekarang, apatah lagi jawapan mengapa pembalikan imej wanita tersebut yang sepatutnya tidak menampakkan wajah ke arah kamera, masih belum diperoleh hingga sekarang.

Ada yang memberi komen bayang wanita itu adalah wanita yang lain tapi kalau pun andaian itu benar dah tentulah itu jawapan yang lebih menyeramkan lagi.

Apa yang pasti, kami sendiri sedang meremang roma ketika menaip dan berkongsikan hal gambar ini dengan anda (alamak! Malam ni malam Jumaat ke?)



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Dicerai Selepas Komen Suami Gemuk Macam Gajah

Dicerai Selepas Komen Suami Gemuk Macam Gajah



SEORANG ahli perniagaan di India bertindak nekad menceraikan isterinya sendiri gara-gara wanita tempatan itu tergamak mengelarkan dirinya gemuk seperti gajah.




Lebih teruk, lelaki berusia 35 tahun ini turut mendakwa isterinya pernah menendang batang zakarnya dan memperlekahkan dirinya dengan menyatakan dia tidak boleh memberi kepuasan dalam hubungan seks.

Wanita tersebut dilaporkan media membuat tohmahan berkenaan kerana tubuh badan suaminya itu yang agak berat macam haiwan mamalia terbesar di daratan tersebut.

Tidak dapat menerima dirinya diceraikan, wanita tersebut kemudian mengancam untuk bakar dirinya dan buat keluarga suaminya bertanggungjawab serta memulangkan kembali maharnya.


Selain itu, wanita tersebut telah membawa seluruh perhiasan dan harta benda milik suaminya sebelum meninggalkan rumah mereka.

Menurut sebuah akhbar tempatan, wanita berkenaan turut mendesak suaminya agar mendaftarkan harta hartanah milik mereka diubah pula atas namanya.

Sementara itu, dalam kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Delhi, hakim menyifatkan apa yang dilakukan isterinya adalah satu penghinaan terhadap suami.

“Penghinaan yang dilakukan sang isteri merendahkan martabat suaminya, meski dia memang gemuk, namun penghinaan itu merosak rasa percaya diri sang suami,” ujar hakim.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




0 comments

Wow 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

Wow 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik


 Berbicara tentang Korea Selatan, maka yang akan bermain diminda kita adalah dunia industri K-POP, K-Drama, Boyband, GirlBand, sehinggalah kepada cerita pembedahan plastik.




Tapi, tahukah anda 5 wanita tercantik Korea Selatan 2016 yang memiliki wajah ori tanpa perlu melakukan pembedahan plastik!

Inilah 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik.

Song Hye Gyo


Artis tercantik ini mula terkenal ketika membintangi drama bertajuk “Endless Love”. Kariernya bertambah meletup apabila membintangi K-Drama bertajuk Full House dengan Rain.

Sandara Park


Artis cantik yang aktif dan menganggotai kumpulan 2NE1, sangat digemari peminat diseluruh dunia termasuk Malaysia. Walaupun usianya sudah menghampiri 30, kecantikannya masih lagi tetap wow.

Park Shin Hye


Siapa yang tak kenal dengan Ratu K-Drama ini. Selain hebat berlakon, dia juga memiliki wajah asli tanpa sebarang pembedahan plastik. Usianya masih muda dan bintangnya semakin cerah dalam dunia perfileman.

Miss A's Suzy



Artis cantik yang popular dalam K-Drama bertajuk “Dream High” ini mengaku tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Dengan pipi yang sedikit Chubby dan gigi putih, Miss A’s Suzy menjadi idola jejaka dan peminat wanita hingga saat ini.

Han Ye Seul


Han Ye Seul walaupun telah berusia tetapi kecantikannya masih lagi kelihatan seperti gadis 20an. Artis dan model terkenal Korea ini, sememangnya antara yang paling sukses dan dipuji peminat kerana keaslian wajahnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  fbkini




0 comments

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera


Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera|Seorang gadis berusia 21 tahun maut dalam keadaan menyedihkan di percayai akibat didera kenalan yang juga merupakan kekasihnya seorang Ejen Insuran serta merupakan suami seorang doktor wanita di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Gemilang, Jitra di sini.




Mangsa, Nurul Syahira Ishak dikatakan tidak sedarkan diri di dalam bilik utama di tingkat dua rumah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Jitra menggunakan ambulans kira-kira pukul 1.30 petang.

Berikut kronologi Gadis 21 Tahun Maut di Dera

1. Fakta Kes:
Pada 30/03/2016 jam lebih kurang 1330hrs semasa pengadu dan Kpl 137839 bertugas di Bilik Geran IPD K.Pasu telah terima panggilan telefon dari orang awam mengatakan ada orang pengsan di rumah No. 290, Jalan Gemilang, Taman Gemilang, Jitra, Kedah. Pengadu telah arahkan MPV Kedah 120 ke tempat kejadian. Mangsa 1 lerempuan Melayu umur 21 tahun telah dibawa oleh ambulan ke Hospital Jitra. Pada jam lebih kurang 1430 petang, terima panggilan telefon dari Init Kevemasan Hospital Jitra mengatakan mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan-kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.

2. Si Mati:
Nama : Nurul Syahira Bt Ishak
Kpt : 951005-10-xxxx
Alt : Lot 383, S.P. Saujana Putra,
08000 Sungai Petani, Kedah
Kerja : Tiada

3. Siasatan/tindakan:
– io bersama team siasatan JSJ IPD K.Pasu pergi ke Hospital Jitra melihat mangsa.

– mangsa telah berada di rumah mayat Hospital Jitra.

– pemeriksaan yang dijalankan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat banyak kecederaan baru dan lama dipercayai akibat dipukul.

– didapati kedua-dua mata mangsa lebam dan luka pada telinga kiri mangsa.

– terdapat juga kesan-kesan lebam pada badan, tangan dan kaki mangsa.

– mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan bedah siasat yang akan dijalankan pada 31.3.2016 jam 8.00 pagi.

– io bersama team siasatan kemudian ke tempat kejadian yang terletak di Taman Gemilang, Jitra.

– tempat kejadian adalah di sebuah rumah semi-D dua tingkat yang dijadikan homestay.

– bilik utama disewa oleh saspek sejak bulan Jun tahun 2015 yang didiami bersama isteri iaitu seorang doktor di Hospital Jitra dan seorang anak berusia 7 bulan.

– si mati adalah kenalan saspek sejak 3 tahun yang lalu dan telah kerap berhubung dengan saspek dan mula mengikut saspek dan tinggal bersama saspek dan isteri sejak pertengahan bulan Febuari 2016.

– tujuan si mati tinggal bersama kerana dikatakan saspek hendak mendidik si mati menjadi seorang yang baik dan dibenarkan oleh isteri saspek.

– semasa tinggal dengan saspek, si mati kerap dipukul sekiranya melakukan kesalahan seperti tidak sembahyang dan menipu saspek.

– si mati kerap dipukul dengan cara ditampar, disepak, dipukul dengan penyapu, besi dan dibaling dengan objek.

– kejadian terakhir si mati dipukul adalah pada pagi ini antara jam 8 hingga 12 tengahari di mana si mati ditampar, dipijak, dipukul dengan besi dan dibaling decoder astro.

– semasa kejadian, isteri saspek duduk di tingkat bawah dan hanya mendengar saspek mengamuk di tingkat atas.

– si mati disedari pengsan pada jam l/kurang 1.00 tengahari apabila saspek kejut untuk makan tengahari.

– isteri saspek kemudian menghubungi ambulan yang datang ke rumah dan membawa si mati ke hospital memandangkan ketika itu si mati masih hidup.

– polis telah dimaklumkan melalui DCC K.Pasu oleh pihak ambulan di mana MPV telah datang ke tempat kejadian ketika ambulan hendak membawa si mati ke hospital.

– DCC kemudian telah dimaklumkan sekali lagi yang mana si mati telah meninggal dunia dipercayai ketika dalam perjalanan ke hospital.

– siasatan tempat kejadian telah dibantu oleh Forensik IPK Kedah dan telah menjumpai sebanyak 28 barang kes dipercayai berkaitan dengan kes termasuk senjata yang digunakan untuk memukul si mati.

– soal siasat yang dijalankan oleh io dan team D9 JSJ IPK Kedah ke atas saspek telah berjaya mendapatkan pengakuan saspek yang memukul mangsa dan membongkar motif serta barang-barang kes yang wujud.

– si mati juga mempunyai hubungan sulit dengan saspek dan kerap melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan isteri.

4. Tangkapan:

B1. Nama: Faiz B Mohd Fazli
Kpt: 731206-14-xxxx
Alt: No. 12, Jalan Ikhlas, Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur.
Kerja: Ejen Insuran

B2. Nama: Nurul Aifaa Bt Rahman
Kpt: 881119-56-xxxx
Alt: No. 6, Persiaran Damai 9,
Taman Kajang Utama,
Kajang, Selangor.
Kerja: Doktor

5. Klasifikasi:
Kes disiasat di bawah Sek 302 Kanun Keseksaan

6.Suspek di reman.

Suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita disyaki akibat didera secara fizikal di Taman Gemilang, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Kanan Mohd Khairul Hafizuddin Ramli terhadap kedua-dua suspek berusia 43 dan 28 tahun.

Luahan Ibu Mangsa

luahan

Gambar mangsa Nurul Suahira Dipetik dari theviralnow










-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




0 comments

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger