SHOPPE

Beredar Produk Danging Babi Guna Logo Halal

Share:
Beredar Produk Danging Babi Guna Logo Halal



Beredar Produk Danging Babi Guna Logo Halal|SEPANG – Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di sebuah negeri di Pantai Timur dikesan menyalahgunakan logo Halal Malaysia pada bungkusan produk daging babi untuk tujuan eksport.




Lebih mengecewakan apabila nama produk tersebut ditulis dalam bahasa Mandarin dan Thailand bermaksud ‘daging babi salai pedas Melayu’.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Sirajuddin Suhaimee, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penyalahgunaan logo Halal Malaysia pada produk tersebut ketika membe­linya di sebuah kedai di Ampang, Selangor.

“Siasatan mendapati produk itu dikeluarkan di sebuah kilang di sebuah negeri di Pantai Timur.

“Jakim telah menghantar satu pasukan untuk mengesan kilang tersebut dan menjalankan siasatan terperinci mengenai pe­nyalahgunaan logo Halal Malaysia pada produk berasaskan daging babi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Badan Pensijilan Halal ketujuh di Hotel Sama-Sama di sini semalam.kosmo




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah