SHOPPE

Dicerai Selepas Komen Suami Gemuk Macam Gajah

Share:
Dicerai Selepas Komen Suami Gemuk Macam Gajah



SEORANG ahli perniagaan di India bertindak nekad menceraikan isterinya sendiri gara-gara wanita tempatan itu tergamak mengelarkan dirinya gemuk seperti gajah.




Lebih teruk, lelaki berusia 35 tahun ini turut mendakwa isterinya pernah menendang batang zakarnya dan memperlekahkan dirinya dengan menyatakan dia tidak boleh memberi kepuasan dalam hubungan seks.

Wanita tersebut dilaporkan media membuat tohmahan berkenaan kerana tubuh badan suaminya itu yang agak berat macam haiwan mamalia terbesar di daratan tersebut.

Tidak dapat menerima dirinya diceraikan, wanita tersebut kemudian mengancam untuk bakar dirinya dan buat keluarga suaminya bertanggungjawab serta memulangkan kembali maharnya.


Selain itu, wanita tersebut telah membawa seluruh perhiasan dan harta benda milik suaminya sebelum meninggalkan rumah mereka.

Menurut sebuah akhbar tempatan, wanita berkenaan turut mendesak suaminya agar mendaftarkan harta hartanah milik mereka diubah pula atas namanya.

Sementara itu, dalam kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Delhi, hakim menyifatkan apa yang dilakukan isterinya adalah satu penghinaan terhadap suami.

“Penghinaan yang dilakukan sang isteri merendahkan martabat suaminya, meski dia memang gemuk, namun penghinaan itu merosak rasa percaya diri sang suami,” ujar hakim.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah