SHOPPE

Maya Dirisik Lelaki Misteri, Bimbang Diancam Bahaya

Share:
Maya Dirisik Lelaki Misteri, Bimbang Diancam Bahaya



HEROIN filem Ombak Rindu, Maya Karin dikatakan telah dirisik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui ibunya sewaktu beliau sedang bercuti di Jerman baru-baru ini.




Lelaki misteri itu malah membawa sebentuk cincin telah datang berjumpa dengan ibunya yang berada di Sungai Pencala, Kuala Lumpur untuk melamar Maya.


Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37 apabila dikhabarkan oleh ibunya mengenai kejadian itu terasa meremang bulu roma, masakan tidaknya, tetiba sahaja dirisik lelaki yang tidak tahu asal usulnya.

“Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang.

“Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya,” kata Maya kepada sebuah akhbar tempatan.


Menurut Maya kepada sebuah portal akhbar, dia masih lagi belum membuat keputusan apa yang bakal dilakukan dengan cincin tersebut yang berada dalam simpanan ibunya.

Pelantun lagu ‘Serik Dengan Cinta’ ini bimbang akan keselamatan dirinya ekoran kejadian itu.

“Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak.”

Namun kejadian itu tidak menjadikan aktres ini fobia sekiranya ada individu yang datang untuk melamarnya melalui cara dan saluran yang betul.

Tambahnya lagi, dia yang kini solo, akui susah untuk mencari pengganti yang betul-betul berkenan di hati.

“Agak sukar memperkatakan soal pengganti sekarang. Bukan kerana saya tidak mencari, tetapi sehingga sekarang masih belum jumpa.

“Selalunya orang yang saya nak, dia tidak serius. Tetapi bila ada yang serius, saya pula tak terbuka hati. Agak rumit juga situasi itu,” katanya.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah