SHOPPE

Model Pakaian Dalam Dipecat Sebagai Pembantu Pengajar

Share:
Model Pakaian Dalam Dipecat Sebagai Pembantu Pengajar



Seorang pembantu tenaga pengajar telah dipecat selepas gambarnya yang menjadi model pakaian dalam telah tersebar.




Pihak sekolah terpaksa membuat keputusan berkenaan bagi menjaga imej dan reputasi sekolah.

Gemma Laird, 21, dipecat kira-kira dua minggu lalu dari sekolah rendah Bloemfontein di Craghead, County Durham. Dia sebelum ini terlibat dengan pengajaran kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.

Laird ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu tenaga pengajar dengan gaji £150 selepas lulus ujian yang dijalankan dengan menewaskan tujuh calon lain.

Dia mendakwa telah memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai bidang modeling itu dengan mendapat bayaran sebanyak £120 sehari. Selepas dipecat Laird kini kembali berkerja sebagai model.

“Ada orang yang berada dalam Facebook saya telah mendapat tahu kerja-kerja modeling yang saya jalankan.

“Mereka telah melaporkan mengenainya kepada pihak sekolah dan sekolah telah memecat saya kerana tidak mahu orang ramai memandang serong pada sekolah itu jika mengetahui saya adalah model pakaian dalam,’’ katanya.

Dia kini bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah berkenaan yang telah dikategorikan sebagai `baik’ oleh Ofsted.

Dalam pada itu pengetua sekolah terbabit, Laura Liddell berkata, kakitangan sekolah itu perlu mematuhi peraturan berkaitan dengan tingkahlaku termasuk dalam media sosial dan perlu menjadi contoh yang baik kepada pelajar.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah