SHOPPE

Wang Hantaran Perlu Ikut Kemampuan Pihak Lelaki

Share:
Wang Hantaran Perlu Ikut Kemampuan Pihak Lelaki











SUSULAN isu video pergaduhan yang melibatkan keluarga dua belah pihak pengantin perempuan dan lelaki yang menjadi viral baru-baru ini, orang ramai berpendapat hal ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan terhormat.




Ia malah dapat ditangani sekiranya kedua-dua pihak terlibat tampil duduk berbincang di antara satu sama lain.



Bibah Jaafar, 45.

Menurut Bibah Jaafar, 45, kedua-dua belah pihak perlu saling bertolak ansur mengenai isu wang hantaran dan seboleh-bolehnya hendaklah bersederhana mengikut kemampuan yang boleh disediakan oleh pihak lelaki.

“Kalau ikutkan nikah sahaja yang penting tapi disebabkan trend sekarang hantaran yang penting daripada nikah itu sendiri, itu yang jadi macam itu (pergaduhan).

“Benda ini boleh berbincang, tak payah sampai bergaduh. Kalau kata tak ada duit, kita buat cara tiada duit. Yang pihak perempuan, pun sama, perlu bertolak ansurlah.

“Kata nak hidup bersama, jadi kena bertolak ansur, itu saja kuncinya,” katanya mengulas mengenai isu yang sedang hangat di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Saiful Nizam Sulaiman, 39.

Sementara itu, Saiful Nizam Sulaiman, 39, pula berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia secara tidak langsung memalukan kedua-dua pihak terlibat.

“Memalukan bergaduh dalam masjid. Hal ini kena berbincang, tak eloklah orang lain semua tengok, apa pula pandangan mata masyarakat kan.

“Patutnya keluarga kena dahulukan kebahagiaan anak-anak daripada hal-hal lain. Pasal hantaran sepatutnya ia di antara lelaki dan perempuan (bakal pengantin).

“Nikah yang penting, adat tu kalau mampu, ikutlah kemampuan pihak pengantin lelaki,” katanya lagi.

Muhd Hairie Zainal, 22.

Muhd Hairie Zainal, 22, pula berpendapat lelaki tersebut perlu berlaku jujur pada permulaannya apabila keluarga pengantin perempuan meletakkan harga hantaran yang dirasakan tidak dapat dipenuhi oleh lelaki tersebut.

“Lelaki kena jujur kepada pihak perempuan sama ada pekerjaan semua cukup ke tak cukup nak bagi duit hantaran sebanyak itu, berlaku jujur dan berbincang balik.

“Saya harap perkara sebegini tak berlaku kepada saya. Bagi saya, saya akan berunding dulu betul-betul dengan bakal isteri saya dan keluarga bakal mertua saya, yang penting berlaku jujur di antara satu sama lain,” ulasnya.

Sakinah Razali, 26.

Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan moral positif buat kedua-dua bakal pengantin dalam menempuhi ke alam perkahwinan, bukannya merumitkan keadaan kepada bakal raja sehari.

Pendapat itu diutarakan Sakinah Razali, 26, yang menyatakan, “Perhubungan itu terjadi di antara lelaki dan perempuan itu, jadi keluarga kena sokong sebab pertalian itu di antara mereka berdua.”

“Anak-anak perlu pilih cara dan perjalanan hidup mereka dan sebagai keluarga, mereka perlu memberikan sokongan secara positif. Bila tercetusnya pergaduhan yang tak sepatutnya berlaku, zaman sekarang dah canggih, budak tadika pun boleh tengok video itu, jadi tak baguslah kan,” katanya.

Sakinah turut berkata masyarakat perlu menghentikan segala parodi dan troll yang dimainkan di media-media sosial bertujuan mengejek insiden pergaduhan tersebut sebaliknya meminta kedua-dua keluarga tersebut diberi ruang dan waktu untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

“Sepatutnya masyarakat tidak perlu memparodikan atau mengambil kesempatan dengan troll isu sebegini sebab ini adalah privasi orang.

“Untuk orang luar sana yang tiada kaitan hentikan troll mereka, bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah dan jangan masuk campur serta keruhkan lagi keadaan,” ujarnya lagi.

Insiden pergaduhan yang melibatkan bakal pengantin lelaki ditumbuk itu dipercayai berlaku di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lalu apabila dia tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah gara-gara wang hantaran sebanyak RM15,000 tidak cukup.

Pergaduhan tercetus di pekarangan masjid dan berlaku kejadian maki hamun dan pergelutan antara kedua-dua ahli keluarga pengantin.

Keadaan hanya kian reda selepas seseorang dipercayai wakil masjid menggunakan pembesar suara menegur mereka semua berkali-kali supaya berhenti bergaduh.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah