SHOPPE

Akibat Terlepas Penerbangan, Wanita Ini Nekad Berdiri Bawah Pesawat

Share:
Akibat Terlepas Penerbangan, Wanita Ini Nekad Berdiri Bawah Pesawat



NEKAD… Sepasang suami isteri yang terlepas panggilan terakhir menaiki sebuah pesawat nekad lari ke landasan sehingga penerbangan itu terpaksa ditangguhkan.




Portal China Daily melaporkan, pasangan dari China itu tiba lewat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 14 September lalu dan tidak dibenarkan untuk memasuki pesawat.

Ketika si suami berbincang dengan krew di landasan, isterinya nekad duduk di bawah kapal terbang bagi menghalang pesawat itu daripada berlepas.

Pasangan itu mendakwa terlepas penerbangan kerana tidak dimaklumkan mengenai masa menaiki pesawat.

Namun, dakwaan mereka tidak benar kerana waktu berlepas itu dicetak pada tiket dan disiarkan melalui perkhidmatan pengumuman di lapangan terbang.

Penerbangan CA1519 dari Beijing ke Shanghai dijadual berlepas pada pukul 9.30 pagi tetapi tertangguh selama kira-kira 20 minit apabila pasangan itu enggan mendengar larangan anak kapal dan menghalang landasan.

Mereka ditahan lima hari kerana mengikut undang-undang, pesalah yang menghalang landasan atau mengganggu pelepasan penerbangan boleh ditahan selama lima hingga 10 hari dan didenda 500 yuan (RM308).




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah