SHOPPE

Gara-Gara Badut, Beberapa Sekolah Di Alabama Ditutup

Share:
Gara-Gara  Badut, Beberapa Sekolah Di Alabama Ditutup





BEBERAPA buah sekolah di Alabama, Amerika Syarikat (AS) terpaksa menutup operasi mereka buat beberapa hari gara-gara ‘ugutan’ yang diterima daripada seorang badut, baru-baru ini.




Perkara itu sampai ke perhatian pihak polis selepas beberapa pelajar melaporkan hal itu selepas melihat satu status di laman Facebook, The Flomo Klown yang dikatakan akan datang ‘melawat’ beberapa sekolah di negeri tersebut.

Dalam mesejnya itu, The Flomo Klown menulis, “saya akan datang ‘menyerang’ malam ni. Jumpa anda di sekolah” yang disertakan dengan emotikon berbentuk pistol.

Namun, The Flomo Klown dipercayai telah memadamkan status berunsur ancaman tersebut di laman sosialnya itu.

Menurut pegawai polis Irondale, James Lewis, ia bukanlah satu ancaman namun mereka akan berwaspada dengan sebarang kemungkinan keganasan yang mungkin berlaku.

Disebabkan perkara itu, beberapa orang pegawai polis telah ditempatkan di beberapa buah sekolah di sekitar Alabama sebagai langkah berjaga-jaga.


Kes tembakan rambang di sekolah seluruh AS bukanlah suatu perkara yang luar biasa.

Antara insiden yang paling diingati ialah tembakan rambang yang berlaku di Sekolah Tinggi Columbine yang meragut nyawa 15 orang termasuk dua penjenayah yang merupakan pelajar sekolah tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah