SHOPPE

Gara-Gara Wajah Mirip Isterinya, Pelancong China Bunuh Wanita Korea

Share:
Gara-Gara Wajah Mirip Isterinya, Pelancong China Bunuh Wanita Korea



KISAH pelancong dari China membuat onar di negara yang dilawati bukan sesuatu yang baharu. Namun, kali ini sudah berada pada tahap yang membimbangkan.




Terbaharu, seorang wanita warga emas di Pulau Jeju, Korea dibunuh dengan kejam selepas ditikam bertubi-tubi oleh seorang pelancong dari China.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Kim, ditikam sebanyak empat kali ketika sedang berdoa di sebuah gereja kira-kira pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Suspek, Chen, yang berusia 50-an itu kemudian bertindak melarikan diri.


Setelah ditikam, Kim bagaimanapun sempat menelefon nombor kecemasan untuk meminta tolong.

Pasukan penyelamat segera datang membawa Kim ke hospital. Bagaimanapun, Kim meninggal dunia sehari selepas dirawat.

Sementara itu, Chen yang melarikan diri berjaya ditangkap ditangkap pihak polis pada hari yang sama.

Berdasarkan soal siasat polis, Chen mengaku membunuh Kim kerana wajahnya mirip dengan bekas isterinya.

“Saat saya lihat perempuan itu berdoa, ingatan saya terhadap bekas isteri kedua saya tiba-tiba datang dan saya langsung menyerangnya dengan penuh amarah,” kata Chen kepada pihak polis seperti yang dipetik dari laman The Korean Herald.

Difahamkan, bekas isteri pertama dan kedua suspek itu berlaku curang dengannya sebelum lari mengikut lelaki lain.

Pun begitu, polis percaya pembunuhan itu sudah dirancang kerana Chen membeli pisang sebelum tiba ke pulau berkenaan dan sudah melawat gereja itu dua kali sebelum melakukan jenayah tersebut.

Chen yang tiba di Pulau Jeju pada 13 September lalu dijadualkan meninggalkan tempat itu pada 22 September.

Gara-gara insiden ini, masyarakat setempat meluahkan kegusaran dan menyeru kemudahan memasuki Jeju tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong China dihentikan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah