SHOPPE

Kejam!!!...Video Lelaki Tikam Wanita 30 Kali Kerana Lamaran Ditolak

Share:
Kejam!!!...Video Lelaki Tikam Wanita 30 Kali Kerana Lamaran Ditolak



DEK kerana lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak menikam seorang wanita berusia 21 tahun di New Delhi sebanyak 30 kali selama lebih kurang 3 minit hingga mati.




Lebih menyedihkan, perbuatan kejam lelaki itu dilakukan di khalayak ramai tetapi tiada sesiapa yang berani tampil menghalangnya kerana lelaki itu berkelakukan seperti seorang yang tidak waras, lapor India Express.

Menurut sumber, pada awal kejadian, seorang lelaki cuba memberikan bantuan kepada wanita tersebut tetapi terpaksa melarikan diri kerana terlalu takut dirinya sendiri akan diserang.

Dalam kejadian yang berlalu pada Selasa lalu itu, mangsa, Karuna Kumar, 21,  merupakan seorang guru sedang dalam perjalanan untuk ke sekolah apabila secara tiba-tiba diserang oleh Surender Singh, 34, dengan sebilah gunting.

Mangsa yang ditikam di muka dan dadanya kemudian dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Seorang saksi berkata, Surender menikam Karuna sebanyak 30 kali dalam masa 3 minit dan dia juga menendang Karuna di bahagian muka dan dadanya.

Sepupu Karuna, Neha yang berada di tempat kejadian juga diugut oleh Surender dan hanya mampu menjerit memintan bantuan tanpa mendekati sepupunya itu.

India Express juga melaporkan bahawa Surender telah meluahkan rasa cintanya kepada Karuna tetapi ditolak kerana dia  sedang menjalani proses perceraian dan mempunyai dua orang anak.

Isteri Surender memfailkan tuntutan perceraian tersebut kerana tidak tahan dirinya sering dipukul oleh Surender yang juga merupakan anak  kepada seorang pegawai polis News Delhi yang sudah bersara.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah