SHOPPE

Keji!!!...Lelaki Peras Ugut 100 Remaja Ditahan

Share:
Keji!!!...Lelaki Peras Ugut 100 Remaja Ditahan



NEW DELHI – Seorang lelaki ditangkap kerana mengganggu dan memeras ugut kira-kira 100 gadis bawah umur dengan menghantar gambar tidak senonoh mangsa yang diubah suai, mesej kesat dan jenaka lucah.




Rajesh Gambhir, 29, memuat turun aplikasi ‘potong dan tampal’ dalam telefon bimbitnya dan menggunakan ia untuk mengubah suai gambar gadis, yang diambil secara rambang daripada profil Facebook.

Gambhir memiliki koleksi 52 gambar ramai gadis yang diubah suai dalam tiga telefon bimbitnya.

Beliau mengancam gadis berkenaan supaya menerimanya sebagai kawan di Facebook atau mengedarkan gambar yang diubah suai itu di internet dan rangkaian sosial.


Gambhir memberitahu polis mengenai kekecewaannya kerana semua rakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak sedangkan dia masih bersendirian.

Dengan berat badan lebih 50 kilogram dan setinggi 1.6 meter, beliau menganggap dirinya terlalu kurus dan rendah, yang menjadi punca wanita tidak menghiraukan permintaannya untuk berkawan atau berkahwin.

Dalam cubaan terdesak untuk membuatkan wanita menyedari kewujudannya, Gambhir mula menghantar gambar diubah suai kepada gadis, berusia antara sembilan dan 16 tahun, menerusi mesej Facebook dan WhatsApp.

“Saya melakukannya untuk tujuan seksual dengan berbual lucah dengan gadis.

Saya tidak pernah bertemu mereka atau mendedahkan identiti saya kepada mereka.

“Ia perbuatan yang tidak menjejaskan sesiapa dan tidak pernah menghabiskan masa lebih seminggu bersama mereka,” polis memetik Gambhir sebagai berkata. – AGENSI/BH ONLINE




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah