SHOPPE

Ngeri!!!...Video Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Share:
Ngeri!!!...Video Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri



SEORANG bekas wartawan TV3 mendakwa dirinya diugut bunuh oleh Pembantu Peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekiranya tidak menyerahkan anak kepada bekas isterinya, kelmarin.




Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, mangsa, Mohd Adli Effendy Mohd Zaki, 35, turut mendakwa dipukul sekumpulan lima lelaki hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian mata, muka, badan dan kaki.

Menurutnya, dia telah diarahkan oleh pihak mahkamah menerusi peguam kepada bekas isterinya untuk menyerahkan anak perempuan mereka di Hentian Bas Sekolah Rendah Bandar Utama 4.

“Beberapa minit kemudian datang dua buah kereta jenis Vellfire berwarna hitam yang dinaiki lebih kurang lima orang lelaki termasuk suami kepada bekas isteri saya”.



Memetik laporan polis yang dibuat Mohd Adli Effendy, kumpulan lelaki itu telah mengheret dan memaksa anaknya masuk ke dalam kereta untuk diserahkan semula kepada bekas isterinya.

“Seorang perempuan berumur lingkungan 30an telah mengheret dan memaksa anak saya masuk ke dalam kereta. Anak saya telah meronta dan meraung meminta tolong.

“Saya telah cuba menasihati mereka agar tidak menggunakan kekerasan terhadap anak saya tetapi saya terus dipukul bertubi-tubi,” katanya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Damansara, petang semalam.








Jelas mangsa selain dirinya yang mengalami kecederaan, isteri dan ibunya turut dikasari sehingga menyebabkan kecederaan teruk. Malah, barang-barang miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta miliknya turut dipecahkan.

Tambahnya, salah seorang suspek yang mendakwa dirinya merupakan pembantu peribadi kepada Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengugut untuk menembaknya.

“Salah seorang dari mereka yang mendakwa dirinya sebagai Pembantu Peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut untuk menembak saya dan isteri jika saya tidak menyerahkan anak saya kepada bekas isteri,” katanya.



Dalam pada itu, Astro Awani dalam laporannya memaklumkan bahawa sumber polis mengesahkan individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut tiada kaitan dengan KDN.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Zani Che Din dikatakan enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.

“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana kita masih lagi menjalankan siasatan berkenaan kes ini.

“Tak..tak.. Dia bukanlah orang yang ada kaitan dengan KDN. Setakat yang kita boleh sahkan masa ini, dia memang tiada kaitan. Itu sahaja,” demikian komen beliau ketika dihubungi, lapor Astro Awani.

Kelima-lima individu yang kini ditahan untuk membantu siasatan kes, disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah