SHOPPE

Padah Berlagak Samseng Dan Serang Polis Lapan Lelaki Ditahan

Share:
Padah Berlagak Samseng Dan Serang Polis Lapan Lelaki Ditahan


BANTING – Satu rakaman video berdurasi 55 saat memaparkan aksi lapan lelaki yang cuba berlagak samseng dengan anggota polis mula tersebar di media sosial.




Dalam kejadian yang berlaku pada kelmarin, di Jalan Pantai Baru Kelangan, Morib, ia dikatakan berpunca setelah anggota polis cuba menahan kereta dan van milik sekumpulan lelaki itu yang dilihat agak mencurigakan.

Ketika ditahan, salah seorang daripada mereka cuba bersikap kasar akibat tidak mempercayai identiti anggota polis itu biarpun kesemua mereka telah ditunjukkan kad kuasa polis.

Lantas berlaku pergelutan dan salah seorang anggota sempat merakam aksi samseng kumpulan berkenaan.

Menerusi video, seorang anggota polis yang dilihat mengenakan rack bag beserta sepucuk pistol telah diserang sekumpulan lelaki itu dengan kayu kunci stering kenderaan.

Dalam video itu lagi, motosikal yang dinaiki anggota polis tersebut turut dilanggar oleh kumpulan samseng itu.

Berikut merupakan antara dialog didalam video diatas:

Polis: You mau pukul kita apa pasal?

Kumpulan Lelaki: You mari balik… sekarang pergi balai.

Polis: Tapi you jangan lah serang saya, saya sudah cakap saya polis.

Polis: You mau pukul kita apa pasai?

Kumpulan Lelaki: You mari balik.. sekarang pergi balai.

Polis: Tapi you jangan lah serang saya, saya sudah cakap saya polis.

Kumpulan Lelaki: Tak apa, polis tak apa.. you mari ikut saya pergi balai lah.

Polis: You serang saya macam ni, you langgar saya punya motor, ini tak boleh tau.


Kelapan-lapan lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan mereka kini disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah