SHOPPE

Padah Kantoi Curi Lembu, Kereta Hangus Dibakar

Share:
Padah Kantoi Curi Lembu, Kereta Hangus Dibakar


Kepala Batas – Dua lelaki gagal mencuri dua lembu apabila tindakan mereka disedari penduduk di Lahar Tiang dekat sini, 7.30 malam tadi.




Kejadian berlaku dalam ladang kelapa sawit ketika suspek cuba menarik lembu masuk ke dalam kereta.

Bagaimanapun, tindakan suspek berjaya dihidu penduduk yang cuba mengejar mereka namun, suspek sempat meloloskan diri ke ladang kelapa sawit.

Penduduk, Noor Bibi Ziana Murad, 30an, berkata, dia terkejut apabila mendapati beberapa penduduk mengerumuni kereta yang didakwa milik pencuri lembu.

“Dua ekor lembu dalam keadaan lemah turut berada dekat situ,” katanya.

Penduduk mendakwa lembu berkenaan disuntik ubat pelali sebelum ditarik masuk ke dalam kereta.

Orang kampung yang berang dengan tindakan suspek kemudian dipercayai bertindak membakar kereta mereka. – myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah