SHOPPE

Universiti `Promosi’ Pensyarah Wanita Cantik Dan Seksi Hingga Digilai Netizen

Share:
Universiti `Promosi’ Pensyarah Wanita Cantik Dan Seksi Hingga Digilai Netizen


Beberapa pensyarah university di China kini menjadi bualan ramai disebabkan terlalu cantik hinggakan digelar oleh pelajar mereka sebagai `dewi’ selepas gambar-gambar pensyarah wanita terbabit dimuatnaik dalam media sosial.




Mereka adalah pensyarah dari Sichuan Normal University dan disebabkan kecantikan tersebut, pelajar di universiti berkenaan sanggup memasuki kelas tambahan hanya semata-mata mahu bertemu dengan pensyarah terbabit.

Sichuan Normal University terletak di Chengdu, iaitu bandar yang terkenal dengan kecantikan kaum wanitanya.


Seramai 16 pensyarah yang cantik itu telah dirakamkan gambar oleh universiti itu dan kemudiannya gambar mereka disebarkan menerusi media sosial.

Tujuan universiti terbabit berbuat demikian adalah kerana ingin menampilkan pensyarah muda dan menjadikan mereka contoh kepada pelajar di situ.

Pensyarah-pensyarah tersebut mengajar nyanyian, tarian, pereka artistik, teater dan English.

Dalam pada itu, pengguna laman sesawang terbesar di China, QQ.com teruja dan terpesona dengan kecantikan serta penampilan pensyarah berkenaan kerana mereka bukan sahaja jelita malahan bijak.

“Mereka sangat cantik.Jika saya masih menuntut, sudah tentu saya akan belajar dengan bersunguh-sungguh,’’ demikian antara pujian yang diterima oleh pensyarah terbabit.

Bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa kemahiran mengajar sepatutnya diberikan keutamaan, bukan paras rupa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah