SHOPPE

Adik Perempuann Patah Hidung Akibat Ditumbuk Oleh Abang

Share:
Adik Perempuann Patah Hidung Akibat Ditumbuk Oleh Abang



Lelaki ditahan polis selepas dipercayai menumbuk muka adik perempuannya hingga patah hidung di rumah mereka di sini, semalam.




Kejadian itu menjadi viral apabila gambar adik perempuan lelaki terbabit yang berdarah hidung dan laporan polis mengenainya tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian yang berlaku 12.30 tengah malam itu selain tangkapan suspek pada 7 pagi hari kejadian.

"Siasatan awal mendapati wanita berusia 21 tahun membuat laporan polis mendakwa ditendang dan ditumbuk di muka oleh abangnya yang berusia 31 tahun kerana tidak berpuas hati susulan wanita terbabit berbual dengan teman lelakinya di luar rumah.

"Menurut laporan wanita terbabit, sebaik dia masuk ke dalam rumah abangnya bertanya kenapa teman lelakinya datang dan dia beritahu hanya datang bersembang.

"Abangnya terus marah lalu tendang kaki mangsa sebelum mangsa menolak abangnya hingga menyebabkan abangnya tiba-tiba terus tumbuk pengadu di hidung dan keluar rumah," katanya.

Menurutnya, di luar rumah teman lelaki mangsa juga turut dipukul oleh abang mangsa sebelum suspek terus keluar dari rumah menunggang motosikal.

"Susulan laporan diterima itu, polis membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di Jalan Changkat, di sini pada 7 pagi semalam.

"Dalam kejadian ini adik perempuan suspek mengalami kecederaan dipercayai patah tulang hidung, manakala teman lelakinya bengkak tangan kanan akibat dipukul dengan kayu oleh suspek," katanya.-Harian Metro




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah