SHOPPE

Ambil Selfie Pengebumian Datuk Gadis Ini Dikecam Netizen

Share:
Ambil Selfie Pengebumian Datuk Gadis Ini Dikecam Netizen



PENGAMBILAN selfie bukanlah satu aktiviti luar biasa di zaman kini, lebih-lebih lagi di kalangan remaja.




Seorang gadis, Francesca Fierros Palomine dari Mexico bagaimanapun dikecam hebat pengguna laman sosial kerana dia diibaratkan sebagai tidak menghormati pemergian datuknya dengan mengambil selfie di majlis pengebumiannya.

Sesuatu yang dilakukan tanpa mengira keadaan dan situasi sedih yang sedang dilaluinya anggota keluarga yang lain.

Antara gambar yang diambil Francesca ialah selfienya berlatar belakangkan keranda yang menempatkan jasad mendiang datuknya selain gadis itu turut meletakkan emotikon bagi menggambarkan situasi tersebut beserta kapsyen, “bersemadilah dengan aman, datuk.”


Gambar selfienya tidak berakhir di situ, selepas datuknya disemadikan, gadis itu mengambil lagi sekeping gambar selfie di hadapan cermin besar dengan kapsyen, “baru sahaja pulang dari majlis pengebumian.”


Rata-rata netizen melahirkan rasa kesal mereka terhadap perlakuan gadis itu yang tidak menghormati majlis pengebumian.

Seorang netizen menulis, “Jika dia anak saya dan itu merupakan majlis pengebumian bapa saya, dah lama saya halau dia dari situ. Tak hormat langsung.”




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah