SHOPPE

Datuk Iblis Bapa Saudara Setan Sanggup Merogol Darah Daging Sendiri

Share:
Datuk Iblis Bapa Saudara Setan Sanggup Merogol Darah Daging Sendiri



Datuk Iblis Bapa Saudara Setan|Dua suspek yang mempunyai pertalian darah ditahan selepas disyaki merogol dan mencabul seorang remaja perempuan yang merupakan darah daging sendiri sejak Mei lalu, lapor Sinar Harian.




Remaja perempuan berusia 13 tahun itu dilaporkan pernah dicabul datuknya, 64, dan dirogol bapa saudaranya, 32, di sebuah rumah di Batu Berendam.

Difahamkan, mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah di Batu Berendam itu tinggal bersama nenek dan dua suspek berkenaan di Taman Melaka Baru, sementara kedua ibu bapanya bekerja di negeri lain.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, mangsa mengadu dicabul oleh datuknya selepas menunjukkan beberapa video lucah melalui telefon bimbit, selain dirogol oleh bapa saudaranya berulang kali di rumah yang sama.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada Isnin lalu dan polis telah menahan kedua-dua suspek di rumah mereka beberapa jam kemudian.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksuyen 376 kanun yang sama atas kesalahan merogol,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah